RSS

CILI KASI TARUK! APA BODOH SANGAT PENYOKONG PAKATAN NI?

21 Jun

 

ImageDah memang mengarut!

Pertama, wafak itu sendiri hukumnya amat jelas. Tetapi apabila digabungkan pula dengan logo DAP atau mana-mana logo dengan kalimah Allah Taala, seolah-olah logo tersebut dengan campuran dan penyengutuan kalimah Allah, akan menarik lebih ramai penyokong serta menjadi bahan sakti, menjadikan hukum si pembuat, si pengguna, si penyebar dan si pemercaya semakin jelas!

Barangkali puak-puak yang terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada umat Islam untuk DAP, terpaksa menggunakan kaedah terbaru yang lebih bersifat mistik untuk tujuan berkenaan. 

Puak yang selama ini cukup berbangga dengan penguasaan Islam dan perlunya umat Islam sebagai pemimpin selain berbangga, merekalah satu-satunya golongan yang mempertahankan Islam, sekarang ini sudah lupa tentang batasan dan had yang sepatutnya mereka lalui dalam Siyasah Syariah. Tahaluf Siyasi yang mereka bangga-banggakan kerana kononnya lebih baik daripada Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh UMNO dari tahun 1955, ternyata telah membutakan mata mereka dan iman mereka sendiri. 

Menariknya, puak-puak ini pandai mencari dan mencipta alasan untuk menyalahkan orang lain. Kalau mereka sudah terdesak dan perbuatan tersebut ternyata menjadi pukulan ke kepala sendiri, mereka akan cepat-cepat menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Bahkan tanpa teragak-agak membuat penafian dan menuduh, itu adalah perbuatan UMNO untuk menfitnah mereka. 

Menariknya, DAP sekarang menjadi bahan dagangan selepas mereka gagal memperdagangkan PAS dengan idealisme Islam ciptaan para pemikir dalam PAS yang jumud dan kerap flip-flop. DAP yang keseluruhannya dikuasai oleh puak yang sangat tegar dengan permusuhan serta syak wasangka terhadap Islam dan umatnya, cuba diangkat sebagai sahabat serta kroni terhebat yang akan membela Islam dan umatnya, berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia. 

Kononnyalah…

Itulah pasal, sudah ada tukang-tukang tulis wafak cuba menjadikan logo DAP sebagai cincin sakti yang akan dapat menarik lebih banyak sokongan dan disukai!

Kesiannya puak-puak ini!

Sumber: Kedahan69ers

 

 
Leave a comment

Posted by on June 21, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s