RSS

EMAIL BERAPI DARI PEMBACA MENGENAI KELEMAHAN KDN! MESTI BACA

07 Aug

Salam bro,

Sebagai penyokong kerajaan, tetapi berada di luar lingkungan politik; aku rasa tindakan Menteri KDN membebaskan staff imigresen ini ada yang tak kena. Lepas maksudnya apa? Tak bersalah? Dimaafkan? Apakah Polis tersalah tangkap? Apakah ISA jadi undang-undang MILIK PERIBADI Pak Menteri? Ini semua kena difikirkan bro.

Minta maaf cakap, kawan-kawan aku semua gelakkan paper hari ni. Apa sebenarnya HISHAM ni nak buat? Nak tunjuk baik? Kononnya KDN ada semangat nak maafkan orang? Bila pembangkang kata ISA ini jadi ALAT menteri – apa kita nak jawab? Nak kata dia Menteri KDN yang mempunyai jiwa pemaaf? Apa kejadahnya?

Dalam satu laporan aku baca, kakitangan imigresen yang ditangkap ini mendapat keuntungan jutaan ringgit. Ada yang simpan duit dalam akaun sampai RM2-3 juta. Meriah. Tapi lepas tu nak maafkan pula? Atas dasar apa? Berapa ribu orang yang dah dilepaskan? Boleh bagi statistik? Duit ringgit tu kira REZEKI mereka ke? Apa nak jadi dengan Menteri KDN sorang ni.

Lagi satu, menurut orang tua aku yang pernah bertugas dengan Jabatan Penjara; ISA bukan undang-undang tepi jalan. Tak boleh nak suruh Pegawai Khas dan SUSK yang hantarkan surat. Atas alasan apa? Pegawai Khas boleh lepaskan tahanan ISA? Kat mana MAT HISHAM belajar LAW?

Aku sempat juga tengok PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008, PERJAWATAN DI PEJABAT MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI – tak ada pula kata menjadi tanggungjawab Pegawai Khas dan SUSK jadi tukang hantar surat ISA. Tak salah ke daripada sudut undang-undang?

Senarai Tugas Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri
1. Membantu Menteri dalam memberi khidmat nasihat mengenai isu-isu berkaitan kementerian yang dibangkitkan di Parlimen.
2. Menyediakan maklumat dan bank data bagi tujuan penganalisisan perkara-perkara dan isu yang sering ditimbulkan di Parlimen.
3. Menghadiri Mesyuarat Pra-Persidangan yang diadakan oleh Jabatan Parlimen berkaitan senarai pertanyaan bagi Kementerian.
4.Menyediakan draf jawapan dan maklumat tambahan yang diperlukan oleh Menteri bagi pertanyaan-pertanyaan tambahan.
5. Mengenal pasti pegawai bertugas untuk membantu Menteri semasa sesi persidangan Parlimen.
6. Memastikan pegawai yang bertanggungjawab mengenai perkara yang dibangkitkan hadir di Parlimen.
7. Menguruskan jawapan yang diluluskan untuk dibentangkan di Parlimen kepada Bahagian Kabinet JPM dan Cawangan Perundangan, Jabatan Parlimen bagi dikemukakan secara bertulis kepada Ahli Parlimen yang membangkitkan pertanyaan.

Pada pandangan aku, apa yang HISHAM dah buat ni merosakkan nama kerajaan. Makin banyak buat silap. Tahan anak India KONONNYA nak memerangi Agong. Sudahnya, charge dengan benda yang lebih kecil. BODOH la namanya tu. Ini hantar Pegawai Khas lepaskan tahanan ISA? Sekolah mana dulu?

Ustaz Pirdaus ni dah jadi TKSU Kementerian ke? Dah jadi Pegawai Kementerian ke? Atau pegawai khas peribadi Menteri? Dahlah Pegawai Khas sorang lagi sombong dan bongkak. Hantar pula lagi seorang pergi lepaskan tahanan ISA.

Penat la bro nak mempertahankan Menteri yang belajar LAW…tapi tak ada LAW.

Email dari Tarconi Malozi

 
1 Comment

Posted by on August 7, 2011 in Uncategorized

 

One response to “EMAIL BERAPI DARI PEMBACA MENGENAI KELEMAHAN KDN! MESTI BACA

  1. glassman

    February 6, 2012 at 10:46 pm

    dari pengalaman saya,, saya melihat seorang berasal dari Acheh siap drebar pandu BMW series. tugas dia mudah saja, daftar warga acheh terlibat tsunami.. ini kes lama..cerita lama tapi bayangkan dia di pertanggung jawab mendaftar warga acheh! satu kepala 1000,,, kira sendiri laa berapa pegawai immigresen boleh dapat..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s