RSS

Politik Baring Di Jalan Halang Usaha Baik, Perpaduan

31 Jul

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri mengingatkan orang Melayu dan Bumiputera jangan pilih orang politik ‘baring atas jalan” yang suka ikut emosi hingga tergamak halang usaha baik dan enggan kepada perpaduan.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu berkata, orang politik jenis itu tidak buat kerja, tidak berkhidmat kepada rakyat, sekadar pandai berceramah dan menjaja cakap-cakp saja.
Mereka sekadar melalak, menyalahkan orang lain, manakala agama dan hasutan kebencian dijadikan alat mereka, demikian cetusan suara pemimpin yang turut menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu itu di ybnasir.blogspot.com.

Beliau mengingatkan, perpaduan, keamanan, pembangunan dan kejayaan anak-anak Malaysia kini bukanlah dirancang, dilaksana dan dicapai dengan jalan mudah sekelip mata Mohd Nasir berkata, janganlah kepentingan, sentimen menjadi asas dan pegangan bercakap dan berpolitik.

“Parti yang baru tumbuh pula jelas mepunyai kepentingan tertentu. Kita seharusnya bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Dan kerana itu, kita harus mempertahankan apa yang kita ada “…biarlah kita berpolitik yang menguntungkan agama, bangsa dan negara,” katanya. Ikuti luahan fikirnya:

“Politik sungguh aneh. Cara orang bermain politik juga aneh. Orang politik lagi aneh. Maka, demikianlah politik.

Zaman sudah jauh berubah. Dan, iklim serta watak politik kita juga turut berubah. Hari ini, apabila saya memikirkan mengenai politik, ia boleh menyebabkan saya tersenyum sendirian. Lucu ada, pelik ada, bimbang ada. Sakit hati pun ada.

Terfikir di fikiran saya. Apa hendak jadi dengan politik kita. Politik selalu menghalang sesuatu yang baik. Perpaduan misalnya. Politik telah menjadi penghalang utama kepada perkara tersebut. Kalau mahu bersatu, atas nama politik, maka syarat-syarat tertentu wajib dipatuhi. Itu namanya perpaduan politik

 
Leave a comment

Posted by on July 31, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s