RSS

Anwar Langsung Tak Hormat Haji Hadi!

31 May

Saya Tidak tahu, Kata Presiden Pas

DENGKIL, 30 Mei (Bernama) — Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui tentang janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah beliau berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu.

“Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi diminta mengulas janji terbaru Anwar itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata secara prinsipnya apa-apa keputusan akan dibuat melalui perbincangan dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh pemimpin Pas, DAP dan PKR.

Ditanya sama ada pakatan itu akan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum, Salahuddin berkata ia belum diputuskan dan segalanya bergantung kepada keputusan pilihan raya.

“Kita tidak bincang perkara itu secara spesifik dan khusus, tetapi mengikut semangat setiakawan dan persahabatan yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat, setakat ini semua program, dasar dan keputusan dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan.

“Begitulah amalan kita terhadap perkara yang berlaku pada masa akan datang, apa pun yang akan dilakukan diputuskan majlis tertinggi,” katanya.

Hinanya Hadi:

Kalau Anwar memandang Hadi sebagai seorang pemimpin yang dihormati, pastinya Anwar akan berbincang dahulu dengan Hadi sebelum berani menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II kepada DAP.

Apakah sebenarnya nilai Hadi di mata Anwar? Pecacai angkat najis agaknya….

Atau Hadi dan Pas hanyalah satu medium untuk Anwar menang pilihan raya umum akan datang dan impian seumur hidup Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai?

Tidakkah ini memperlihatkan PAS itu hanya kuda tunggangan PKR dan Anwar semata-mata.

Memberikan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri II bukannya satu isu yang kecil…ia bukan satu yang boleh dibawa main-main atau cakap lepas sahaja.

Implikasinya begitu besar kerana ia akan mengubah senario politik negara secara mutlak.

Orang Cina mula mengimpikan sesuatu yang selama ini mereka tidak terfikir pun.

Ia melambangkan kuasa politik Melayu mencapai tahap terhakis sepenuhnya di negara ini.

Ia memperlihatkan kalau selama ini kuasa ekonomi sudah dipegang orang Cina, melalui jawatan itu, kuasa politik pun akan dipegang mereka.

Bagaimana boleh Anwar membuat janji demikian dengan membelakangkan Presiden parti PAS…iaitu sebuah parti yang mempunyai legasi politik yang begitu kuat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri II…apakah fanatik Melayu akan hanya berpeluk tubuh dan melihat sahaja DAP yang ditunjangi chauvanist Cina menguasai negara ini?

Dan bagaimana pula dengan cita-cita Abdul Hadi sendiri untuk menjadi Perdana Menteri negara ini? Kit Siang pun pastinya bermimpin perkara yang sama…tidak mustahil bukan dalam senario Melayu berpecah-belah kini.

Siapa Anwar pula untuk pandai-pandai menjanjikan Timbalan Perdana Menteri II kepada DAP?

Apakah Anwar merasakan dirinya sudah pun menjadi Perdana Menteri dan boleh memutuskan siapa patut pegang apa?

Abdul Hadi malu dan terpaksalah kata itu pandangan peribadi Anwar.

Dan Anwar pula tak sedar kot semakin ramai pemimpin parti dia yang melarikan diri daripada perjuangan PKR….sebagai parti yang semakin lemah layakkan dia berjanji apa-apa kepada sesiapa?

Dan mengapa Anwar harus menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri II kepada DAP (atau kaum Cina)? Mungkin kerana Anwar termakan budi kerana masih dibenarkan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun Ahli Parlimen PKR semakin sedikit berbanding DAP.

Kalau itu puncanya, apa lagi yang Anwar akan janji atau buat untuk mengembirakan DAP selepas ini?

Sumber: Malaysian Instinct

 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s