RSS

Dr Mahathir Yakin Imej Baru Kepimpinan BN Bawa Kejayaan Pilihan Raya Umum Akan Datang!!!

27 Apr

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat memperbaharui imej kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ia berpeluang memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memuji peranan Najib dalam kemenangan calon BN P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Saya fikir Datuk Seri Najib telah dapat tukar imej kepimpinan BN daripada yang terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucap tama pada satu forum anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan post mortem tentang kehilangan sokongan pengundi Cina manakala sokongan pengundi Melayu dan India telah meningkat.

“PRU (pilihan raya umum) ke-13, ada kemungkinan kita menang, lebih dari kali ini. PRU 12 kalah bukan kerana BN, tapi orang tertentu yang rakyat tak suka,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, yang turut hadir pada forum itu, berkata kejayaan BN di Hulu Selangor menunjukkan rakyat menerima konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.

“Rakyat telah yakin dan percaya apa yang dijanjikan sebelum ini untuk tingkatkan mutu kehidupan apabila kita sebut ‘rakyat didahulukan’. Ini bukan satu retorik.

“Sokongan rakyat telah diterjemahkan dalam bentuk undi semalam,” kata Mukhriz.

Beliau membidas tindakan pembangkang menuduh BN membeli undi.

“Mungkin itu adalah manifestasi mereka yang mengalami kekalahan,” katanya.

— BERNAMA

 
2 Comments

Posted by on April 27, 2010 in Uncategorized

 

2 responses to “Dr Mahathir Yakin Imej Baru Kepimpinan BN Bawa Kejayaan Pilihan Raya Umum Akan Datang!!!

  1. raimi

    April 27, 2010 at 9:00 pm

    hidup TUN…Hidup DS Najib…

    Mampos kau Nuar Berahi dengan geng yahudi kau…kat oslo tu tengah pakat macam mana nak hancurkan Islam dan halalkan Gay dan liwat….Tukang subahat wan Jijah pun aku harap mampos sama.. Kau lah anak beranak yang pecah belahkan umat Melayu dan Islam.

     
  2. raimi

    April 27, 2010 at 9:02 pm

    Pukimak Abah kau Nuar Berahi(Mokhtar, Mokhtar, Mokhtar) tonggeng….liwat liwat liwat itu saja kau tau…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s