RSS

1Malaysia Idea Saya dan Rakan-Rakan – Najib Razak

07 Apr

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep 1Malaysia ialah idea asal dan bukan ditiru dari Israel atau dari mana-mana negara di dunia.

“Ia adalah idea saya dan sesetengah rakan saya,” kata beliau di hadapan lebih 100 wartawan asing yang berpejabat di Singapura pada jamuan makan gala anjuran Persatuan Koresponden Asing (FCA) Singapura di Singapura malam tadi.

Katanya, konsep 1Malaysia adalah ciptaan Malaysia dan beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia berasal dari Israel atau negara lain.

Baru-baru ini, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa konsep 1Malaysia Najib ada persamaan dengan konsep “One Israel”.

Perdana Menteri itu berkata, sungguhpun konsep satu bukan baru kerana banyak negara seperti China menggunakannya untuk mempromosi semangat pemilikan atau bersama-sama di kalangan rakyatnya, konsep 1Malaysia lebih daripada itu, iaitu 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Najib menghadiri jemputan FCA, berucap selama setengah jam sebelum sesi soal jawab selama 45 minit.

Perdana Menteri memulakan ucapannya dengan panjang lebar mengenai konsep 1Malaysia dengan mengatakan ketika beliau mengambil alih jawatan itu beliau menyedari bahawa pengundi mahukan satu perubahan transformasi yang besar dan bukan secara pertambahan dalam mentadbir negara.

Beliau berkata, tsunami politik pada pilihan raya umum 2008 apabila Barisan Nasional (BN) buat kali pertama hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, menunjukkan bahawa rakyat mahukan perubahan politik dan ekonomi yang besar di Malaysia.

Najib menerangkan bagaimana konsep 1Malaysia diilhamkan dan ia menjadi satu program yang berjaya seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Model Ekonomi Baru (MEB), yang menjadi tonggak utama konsep itu.

Beliau berkata, konsep itu merupakan satu falsafah panduan untuk kerajaan Malaysia memberikan khidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan budaya, yang menekankan bahawa hasrat utama mana-mana kerajaan ialah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Malaysia Instinct

 
Leave a comment

Posted by on April 7, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s