RSS

Siapa kata Melayu tak boleh Berjaya? Baca Kisah ini!

15 Mar

Kunta Kinte dah cerita macam mana ramai tauke Cina dan India jadi kaya raya pasal lesen, subsidi dan monopoli yang dibagi oleh kerajaan. Ada yang perniagaan mereka dah nak lingkup tapi hidup balik dan jadi gergasi selepas dibagi kontrak dan talian hayat oleh kerajaan.

Minggu ini Kunta Kinte nak cerita sikit pasal seorang tauke Melayu yang berjaya. Nama dia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Ramai orang kenal dia sebagai pengasas pertubuhan kebajikan Yayasan Al-Bukhary, atau dengar nama dia bila dia dah jadi tauke bangsa Melayu nombor satu di negara kita. Jadi tak hairanlah kalau ramai yang tuduh atau sangka dia tauke payung terjun, tauke kroni dan proksi. Kunta Kinte pun tak salahkan mereka sebab baru dalam masa lebih kurang 10 tahun ini nama dia disebut-sebut sebagai usahawan Bumiputera yang berjaya. Yang ramai orang tak tahu, dia ni dah cukup lama berniaga. Bila Kunta Kinte kenal dia masa bersekolah di Alor Star pada tahun 1960-an, dia sudah mula berniaga. Mula-mula dia tolong ayah dia berniaga kerbau, lembu dan emak dia tanam sayur.

Mereka beli kerbau dan lembu daripada orang kampung, digemukkan dan dijual. Antara kampung yang dia jelajah cari kerbau lembu adalah kampung Kunta Kinte.

Sebab dia tolong ayah dia berniaga, dia tak boleh masuk sekolah sepenuh masa. Jadi dia masuk Sekolah Saint Michael Independent, belajar sebelah petang. Sebelah pagi jaga kerbau lembu, sebelah petang belajar. Itu pun sampai tingkatan lima saja dan tak sempat ambil peperiksaan.

Dia mula berniaga sendiri pada awal tahun 1970-an bila perniagaan kerbau lembu ayah dia jahanam akibat wabak penyakit kaki dan mulut. Waktu itu, penyakit kaki dan mulut dipanggil penyakit hawar. Habis kerbau, lembu dan kambing mati dijangkitinya. “Syed Mokhtar tidak malu dan segan mengakui diri dia sebagai keluaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dia sendiri mula berniaga dengan gigih lama sebelum DEB bertapak. Jadi tak betullah fitnah Bumiputera tak pandai berniaga atau semua usahawan Melayu yang berjaya adalah usahawan kroni, payung terjun dan proksi”.

Perniagaan kerbau lembu babitkan pengangkutan dari Selatan Thai sampai ke Kuala Lumpur. Jadi Syed Mokhtar belajar serba sikit mengenai pengangkutan. Bila dia ambil alih perniagaan ayahnya, tindakan pertama yang dia buat adalah mohon lesen lori.

Dia dapat empat Lesen Kelas A dan minta pinjaman Mara. Dia dapat RM110,000 yang cukup untuk beli dua buah lori Mercedes 911LS. Seorang tauke Cina minta beli baki dua permit itu. Syed Mokhtar kata terima kasih dan dia serahkan dua lesen yang tak dipakainya itu kepada Mara.

Dia bagi nama syarikat lorinya Syarikat Kenderaan Sentosa, ambil sempena nama Hotel Sentosa di Jalan Raja Laut tempat dia tinggal bila berurusan di Kuala Lumpur. Syarikat itu ada sampai hari ini dengan lebih 40 buah lori.

Daripada perniagaan kerbau lembu kepada pengangkutan lori dia berkembang ke dalam bidang hartanah dengan bantuan Lembaga Kemajuan Bandar (Uda), perniagaan beras dengan dua rakan kongsi bangsa Cina, kontrak pembekalan kerajaan, mengimport dan membungkus susu dari New Zealand, perkapalan, pembuatan dan perbankan.

Hari ini, Syed Mokhtar ada lebih 10 buah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia dengan kakitangan lebih 30,000 orang. Tahun ini, dia disenarai oleh majalah Malaysian Business sebagai orang ketujuh terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM6 bilion daripada 40 yang disenaraikan.

Syed Mokhtar tidak malu dan segan mengakui diri dia sebagai keluaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dia sendiri mula berniaga dengan gigih lama sebelum DEB bertapak. Jadi tak betullah fitnah bahawa Bumiputera tak pandai berniaga atau semua usahawan Melayu yang berjaya adalah usahawan kroni, payung terjun dan proksi.

Cuma kita orang Melayu tidak cukup hormat kepada kebolehan anak bangsa kita sendiri. Kita mudah makan fitnah dan dakyah orang yang tak suka bangsa kita maju. Jadi kita kena ubah sikap negatif ini kalau mahu bangsa kita maju. – Berita Harian

 
1 Comment

Posted by on March 15, 2010 in Uncategorized

 

One response to “Siapa kata Melayu tak boleh Berjaya? Baca Kisah ini!

  1. mohamed

    March 17, 2010 at 10:58 am

    Ya,”ramai tauke Cina dan India jadi kaya raya pasal lesen, subsidi dan monopoli yang dibagi oleh kerajaan.” Ini amatlah benar. Kejaya mereka diketahui umun.

    Tetapi adakah mereka dapat lesen, subsidi dan monopoli dengan percuma atau mereka terpaksa mengeluar wang dari titik peloh mereka kepada yang “berkuasa”?

    Dimana kesilapannya Sdr Parpu?

    mohamed

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s