RSS

Selepas Wan Azizah…Zulkifli tembak Karpal Singh pula…

10 Mar

Tak semestinya Melayu saja mudah lupa.Bagaimana pula dengan DAP,PKR dan PAS ? Lupakah mereka pada angkara Pengerusi Nasional DAP, Karpal Singh ?

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin yang meneruskan serangan balas kerana pemecatannya dari PKR,Selasa menyingkap balik peristiwa 8 Februari 2009 agar mereka tidak mudah lupa atau pura-pura lupa.

“Apakah ada amalan double-standard didalam Pakatan Rakyat? Saya cukup yakin rakyat cukup matang dan dapat melihat sandiwara dan mainan politik murahan yang dilakonkan,”katanya.

Zulkifli membangkitkan hal ini untuk memaparkan kepada umum bagaimana beliau, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain dan Ahli Parlimen Nibong Tebal ,Tan Tee Beng menghadapi tindakan disiplin kerana mengkritik pimpinan pakatan pembangkang sedangkan Karpal Singh tidak disentuh langsung selepas secara terbuka membelasah sakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siapa yang boleh lupa pada kata-katanya dalam sidang akhbar pada hari itu yang meminta Anwar bertaubat dan wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan pakatan pembangkang kerana menyokong wakil rakyat lompat parti.

Hari ini Karpal Singh menjadi peguam utama Anwar dalam kes liwatnya sementara DAP,PKR dan PAS tidak menungkit langsung peristiwa itu ketika mereka terus membelasah Zulkifli,Zahrain,Tee Beng dan juga bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim.

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH ZULKIFLI DI LAMAN BLOGNYA MENGENAI ISU BERKENAAN.

Saya terkejut membaca kenyataan YB Wee Choo Keong yang disiarkan didalam laman web beliau http://www.weechookeong.wordpress.com/ yang menghentam Pengerusi Nasional DAP YB Karpal Singh dan menuntut beliau meminta maaf kerana keceluparan beliau terhadap YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ini bersabit kenyataan YB Karpal yang disiarkan hari ini di media perdana yang menyatakan bahawa Dato’ Seri Anwar boleh terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun sudah hilang majoriti kerusi PKR di Parlimen; sedangkan pada 08.02.2009, YB Karpal Singh membuat kenyataan menuntut DSAI supaya bertaubat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang berkenaan dengan konspirasi 16 Sept 2008 dan menghalalkan lompatan parti (sila lihat kenyataan YB Karpal Singh yang disiar dilamanweb YB Wee Choo Keong yang siarkan dibawah dan saya terjemahkan untuk menafaat pembaca sekelian).

“Georgetown:

Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan PR, kata Pengerusi Kebangsaan Parti DAP:
Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu “bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka”.

Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik, dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

“Saya tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan parti saya sendiri, samada penasihat parti Lim Kit Siang ataupun Setiausaha Agong Lim Guan Eng dalam isu lompat parti tersebut”.

“Kelihatannya mereka menyokong Anwar bukannya saya. Saya adalah Pengerusi parti; jangan tolak saya sangat kerana saya masih mempunyai sokongan akar umbi” beliau memberitahu sidang media dipejabatnya pada hari Ahad lepas.

Apabila ditanya apakah beliau akan memanggil mesyuarat tergempar mengenai masa depan parti didalam gabungan ini, Karpal berkata beliau sedang memikirkan untuk berbuat sedemikian.

“Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini”.

“Melompat parti tidak boleh dihalalkan kerana ianya boleh dibandingkan saperti seseorang mmembunuh ibubapa yang melahirkannya hanya setelah dia mencapai dewasa” beliau menambah.

“Beliau menyatakan beliau terpegun bagaimana Anwar boleh secara terbuka menggalakkan lompat parti setelah rakyat memberi mandat yang meyakinkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas”.

Kita dapat melihat betapa kerasnya kenyataan YB Karpal Singh, Pengerusi DAP ini terhadap Ketua Pembangkang YB DSAI. Tetapi yang hairannya, beliau boleh terus membuat kenyataan keras dan mengutuk kepimpinan PKR dan PR, tetapi tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap beliau!

Sebelum ini, YB Dato’ Seri Zahrain dan YB Tan Tee Beng dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mengkritik kepimpinan YAB Lim Guan Eng. Malahan saya dipecat.

Kalau nak dibandingkan kenyataan kami mengkritik kepimpinan YAB Lim Guan Eng dengan kenyataan keras dan biadap YB Karpal Singh, sepatutnya YB Karpal Singh dah lama dipecat daripada DAP dan Pakatan Rakyat!!

Apakah ada amalan double-standard didalam Pakatan Rakyat? Saya cukup yakin rakyat cukup matang dan dapat melihat sandiwara dan mainan politik murahan yang dilakonkan. Dan saya cukup yakin rakyat sudah muak dengan mainan saperti ini dan akan menghukum mereka dengan keras didalam pilihanraya akan datang.

Well YB Karpal, you are lucky not to be sacked. Tetapi tunggulah saat dan tika satu hari nanti bila kamu dianggap sebagai pengacau agenda sempit Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, then you will know tinggi rendah langit ini.

Adios amigos. Grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Rab’ul Awal 1431
09.03.2010


Cukuplah Kak Zah….

Panjang lebar ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin menjawab desakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang mahu beliau melepaskan kerusi parlimen itu selepas dipecat daripada parti minggu lalu.

Lebih keras apabila Zulkifli meminta isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mencermin diri dan ‘walk your talk’ serta melepakan jawatan Presiden PKR atas alasan gagal mempertahankan Islam, kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Malah menurut beliau, kemelut dalam PKR yang dikuasai oleh Fir’aun-fir.aun Kecil, serta keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang bukan sahaja boleh memusnahkan impian ke Putrajaya, malahan peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!

Zulkifli keberatan membuat kenyataan membabitkan Wan Azizah atau lebih mesranya dipanggil Kak Zah, kerana banyak pahit manis beliau bersama keluarga itu malah bahunya pernah jadi tempat Wan Azizah menangis.

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH ZULKIFLI NORDIN DI LAMAN BLOGNYA :

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Dato’ Seri Wan Azizah (DSWA) dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntut saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu.

Saya sebenarnya memang sangat keberatan dan tidak bercadang langsung untuk membuat apa-apa kenyataan yang melibatkan DSWA, kerana bukan sekadar menghormati beliau yang lebih tua daripada saya dan saperti kakak bagi saya, malah kerana kami telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis bersama, banyak luahan perasaan beliau kepada saya mengenai nasib dan masa depan beliau serta keluarga, banyak rahsia dan hal sulit yang pernah beliau ceritakan atau yang saya lihat sendiri selama lebih 12 tahun bersama beliau sekeluarga.

Dan saya sedar beliau juga adalah mangsa kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mula menunjuk belang mereka didalam PKR. Atas dasar itu, saya berasa sepatutnya DSWA, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah (saya seorang sahaja yang memanggil beliau dengan nama itu, sedangkan orang lain memanggil beliau Kak Wan.

Itupun ada rahsianya mengapa saya memanggil beliau dengan panggilan Kak Zah); DSWA lebih daripada tahu beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengan saya. Tetapi DSWA telah membuat kenyataan yang menyerang saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab serangan itu, dan saya berharap selepas ini DSWA akan berhentilah dengan serta merta daripada memilih untuk terus menyerang saya. Saya mahu terus mengingati DSWA dalam keadaan yang baik.

Saya menasihatkan DSWA supaya mencerminkan diri sendiri dan “walk your talk”. Saya menasihatkan DSWA supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan

Mempertahan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan. Jangankan mempertahankan Islam, DSWA membiarkan saya diheret kehadapan Lembaga Disiplin bukan Islam untuk dibicarakan mengenai isu kalimah ALLAH.

Ingatan saya kepada DSWA, “Islam is not limited only to her small silk glove ala Michael Jackson (sebab DSWA hanya pakai pada sebelah tangan kanan sahaja macam Mikey)”! Islam tidak terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang dipakainya.

Saya menghormati pendirian DSWA tidak mahu bersentuhan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya, tetapi Islam itu lebih daripada sekadar sarung tangan sutera ala Michael Jackson tersebut.

Membiarkan panel Lembaga bukan Islam membicarakan seorang Muslim mengenai aqidah, syariat dan dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam. Atas dasar itu, nasihat saya kepada DSWA eloklah beliau meletakkan jawatan Presiden PKR.

Saya sedih melihat DSWA membiarkan diri beliau sekadar menjadi alat Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, dan pemanas kerusi dan penghias muka depan PKR sahaja. Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan Fir’aun-Fir’aun Kecil bermaharajalela didalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

Sudahkah beliau lupa bagaimana Fir’aun-Fir’aun Kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya!

Saya pertegaskan bahawa saya adalah satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau layak bertanding setelah bebas daripada hukuman penjara di Sg. Buloh.

Dalam keadaan Ahli Parlimen PKR lain, termasuk Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi DSAI & DSWA semuanya enggan memberi laluan, saya telah bersedia untuk berkorban. Tetapi ALLAH lebih bijaksana dalam perancanganNya.

Tiba-tiba DSWA sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim Bandar Bharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, DSAI dan keluarga.

Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada DSAI. Saya sanjungi pengorbanan beliau, tetapi janganlah mempersoalkan pinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, DSAI dan parti.

Berkaitan desakan DSWA supaya saya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, saya ingin menegaskan:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH.

Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?

2. Pada 02.09.1998, DSAI telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh DSWA supaya DSAI mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu.

Kalau DSAI tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula DSWA kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan? Bukankah ini bukti kenyataan DSWA tersebut adalah sekadar political expediency untuk menyeronokkan Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau!

3. Mengapa semasa ADUN Parit YB Dato’ Nasharuddin melompat ke PKR daripada UMNO DSWA tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit atas prinsip keadilan dan demokrasi.

Malahan DSWA menyatakan pada masa itu ianya adalah hak YB Dato’ Nasharuddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan hak beliau untuk terus kekal sebagai ADUN Parit.

Jadi saya mahu bertanya kepada DSWA, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu, atau adakah beliau sekadar menjadi Pak pelaung Fir’aun-Fir’aun Keci itu?!

4. Semasa konspirasi 16.09 dilaksanakan, DSWA dan PKR telah menghantar YB Saifuddin Nasution, YB Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen BN untuk memujuk mereka melompat ke PKR.

Saya tidak pula mendengar DSWA bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi!

Apakah bila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram! Apakah matlamat menghalalkan cara? Atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya DSAI sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang! PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut.

Jadi kalau DSWA merasakan bahawa DSAI boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat.

Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilhanraya umum yang akan datang. Dan jika DSWA berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu-satu lawan satu!

Saya menasihatkan DSWA supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR.Ternyata beliau telah gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR kehilangan sebuah Kerajaan Negeri, 5 Ahli Parlimen, 3 ADUN, dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi.

Malahan makin lama makin terbukti beliau sekadar menjadi alat penghias mukadepan bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau. Kalau benar DSWA memegang kapada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR.

Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!

Kepada Kak Zah, ini permintaan peribadi daripada saya. Saya tidak mahu bergaduh dengan Kak Zah. Ambillah apa yang terjadi secara professional, dan teruskanlah kehidupan kita.

Saya tidak meminta dipecat, malahan saya cuba bertahan sehingga saat terakhir. I stood my ground till the eleventh hour. Tetapi PKR lebih memilih Fir’aun-Fir’aun Kecil daripada Islam. Itu hak PKR, dan rakyat dan umat akan menentukannya dalam pilihanraya akan datang.

Cuma saya sangat berharap dapat mengingati Kak Zah sebagai seorang kakak dan ibu yang sangat baik dan bertanggungjawab bagi anak-anak Kak Zah. I will always cherish and remember those days.

Please don’t forced me to do and say things that I do not wish and want to say. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan hidayah kepada Kak Zah, dan memberi keampunan kepada kita semua. Tolong sampaikan salam saya kepada anak-anak.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Rabi’ul Awal 1431
08 Mac 2010

Sumber: Agenda Daily

 
Leave a comment

Posted by on March 10, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s