RSS

Siapa yang hati busuk sebenarnya Zaid Ibrahim? Mesti Baca!

23 Dec

DIS 23 — Dari tajuk diatas pastinya anda dapat mengagak yang penulisan kali ini adalah mengenai tindakan orang kuat Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim menyaman blogger Datuk A. Kadir Jasin. Ini merupakan tindakan yang agak mengejutkan terutama apabila Zaid cukup dikenali sebagai pemimpin yang cukup lantang memperjuangkan kebebasan bersuara sehingga dia melepaskan jawatan menteri kerana mempertahankan prinsip berkenaan. Namun kini, apabila beliau sendiri dikritik lain pulak dapat kita lihat kerenahnya, saya bukan hendak menafikan hak Zaid untuk menyaman akan tetapi saya cuma ketengahkan adalah percanggahan antara apa yang Zaid perjuangkan dan tindakanya.

Ini penting untuk kita ambil kira kerana ahli politik memang pandai berjanji dan berkata-kata dalam ceramah. Namun kadang-kadang apa yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan dan salah satu pengukur integriti seseorang ahli politik itu ialah dengan mengotakan dan menunaikan berdasarkan apa yang diperkatakan dalam ceramah dan sebagainya. Namun sebelum itu lebih baik kita memahami dahulu apa yang dimaksudkan sebagai “kebebasan bersuara”.

Takrifan

Kebebasan bersuara bererti hak seseorang individu itu menyuarakan pendapat, pandangan atau berbicara mengenai apa-apa tajuk tanpa sebarang halangan atau sekaran. Itulah dia kebebasan bersuara dalam erti kata sepenuhnya. Namun dapat kita lihat jarang adanya negara-negara yang mengamalkan takrifan ini dalam erti kata sepenuhnya dan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dalam perundangan di negara berkenaan. Sebagai contoh adalah menjadi satu kesalah untuk mempersoalkan Holocaust atau pembunuhan Yahudi beramai-ramai di Austria dan tidak lupa juga di negara kita yang mempunyai beberapa akta dan perundangan yang mengehadkan kebebasan bersuara seseorang itu seperti ISA dan akta hasutan. Itu saya akui, sebagai orang Umno memang tidak guna saya nafikan yang nyata bahawa negara kita tidaklah mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak.

Namun jangan terkeliru pula antara kebebasan bersuara dengan kebebasan memfitnah. Banyak kita rakyat Malaysia terkeliru antara kebebasan untuk menyatakan pendapat dengan kebebasan untuk menuduh dan membuat kenyataan palsu tanpa sebarang bukti dan hanya untuk berniat menjatuhkan maruah, integriti dan kepercayaan orang ramai terhadap individu tertentu.

Saya beri contoh mudah.

Kebebasan Bersuara — mempersoalkan adakah wajar kerajaan menjalankan Operasi Lalang pada tahun 1989 yang mana pada pendapat anda ianya menindas demokrasi, itu hak anda untuk menyoal dan tidak bersetuju.

Kebebasan Memfitnah — Menyatakan Datuk Seri Najib Razak menghunus keris dan hendak bermandikan darah orang Cina di dalam satu ucapan umum tanpa sebarang rujukan tempat, masa dan tarikh atau mana-mana rekod dari segi tulisan, laporan atau rakaman.

Kebebasan bersuara bererti kita berhak untuk menyatakan apa yang kita mahu, akan tetapi kita juga perlu bertanggungjawab dengan apa-apa kenyataan yang kita keluarkan. Sesungguhnya pepatah melayu ada mengatakan “kata itu kota” dan bagi seseorang ahli politik itu kata-katanya adalah kayu pengukur dirinya sendiri.

Beza Fitnah dan Kritikan

Dalam penulisannya Kadir menyamakan Zaid sama seperti watak kartun Hurricane Hattie, ini kerana pada pendapatnya Zaid sama seperti watak kartun berkenaan sering menimbulkan huru hara di mana sahaja dia berada. Kemudian diikuti dengan pandangan dan analisis beliau tentang apa yang berlaku dalam PKR sejak Zaid menyertainya dari hal Sabah sehinggalah ke pergeseran dengan Azmin Ali.

Jadi sekarang yang membuatkan saya keliru ialah bukankah penulisan dari Kadir adalah lebih kepada kritikan dari sebuah tomahan. Zaid telah pun menjawab berberapa perkara yang berbangkit dalam satu artikel yang berjudul “Kalau Hati dah Busuk” dan mendapat sambutan hangat di The Malaysian Insider. Bukankah itu sudah cukup, menunjukan sebuah aktiviti demokratik yang menyihatkan yang mana Zaid secara pro aktif menjawab kiritikan Kadir. Mengapa perlu disaman? Adakah Zaid tidak boleh menerima kritikan langsung?

Memang tidak salah untuk Zaid menyaman, akan tetapi ini yang menimbulkan persoalan ialah dia selaku seorang ahli politik yang konon memperjuangkan kebebasan bersuara, yang dengan teguh dan berani menyokong bersama-sama hak Raja Petra Kamarudin untuk menulis mengenai Perdana Menteri terus melatah macam kera makan cili menyaman kerana ada seorang blogger mengkritik beliau? Itu baru sahaja menyamakan Zaid dengan watak kartun. Belum lagi kalau-kalau ada blogger yang memfitnah konon dia ada hubungan sulit dengan wanita asing? Ataupun mana-mana blogger yang menuduh yang isterinya seorang pembunuh? Atau konon dianya mempunyai harta berkoyan-koyan datang dari khabar angin yang tidak berasas. Jadi adakah kini, bolehkah saya percaya yang Zaid ini yang baru sahaja dikritik sedikit sudah melompat pada masa yang sama akan mempertahankan hak kebebasan bersuara ketika dia berkuasa kelak?

Antara Prinsip dan Lalang

Prinsip merupakan asas kepada tindakan dan halatuju seseorang itu dalam kehidupan. Bagi seseorang ahli politik itu prinsip adalah asas kepada pejuanganya, sama ada dia membuat satu keputusan yang betul atau tersasar bolehlah kita merujuk kepada asas pejuanganya. Prinsip bukan sesuatu yang kita boleh mengubah sewenang-wenangnya, kalau ianya begitu maka prinsip kita tidak mempunyai nilai. Apabila kita mengatakan yang kita berpegang kepada sesuatu prinsip maka kita hendak hendaklah teguh melaksanakanya bukan hanya ketika ianya ketika senang atau popular sahaja dan lepas tangan dan berubah ketika ianya tidak menguntungkan.

If we don’t believe in freedom of expression for people we despise, we don’t believe in it at all. — Noam Chomsky

Kadang-kadang saya rasa cukup musykil dengan prinsip Zaid itu sendiri. Dikatakan cukup anti dengan ISA dan berjuang demi kebebasan akan tetapi tangkas menyaman kerana tidak tahan dikritik. Mengejek Kadir konon menjadi budak upahan Umno dan pencacai kepada bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi pada masa yang sama dia dulu merupakan Ketua Pencacai Umno Bahagian Kota Bahru sewaktu pemerintahan Dr Mahathir. Mengapa boleh pulak dia berjuang mengenai kebebasan ketika di bawah pemerintahan “diktator” ini? Adakah kerana ketika itu dia masih lagi rakan kongsi dalam ZICO? Saya bukan menuduh apa-apa cuma iyelah terfikir sejenak takut-takut nanti disaman pulak.

Memang kadang-kadang saya terfikir mana Zaid ketika tahun 1998 dahulu, almaklumlah tiba-tiba masuk dalam PKR terus menjadi orang besar tanpa melalui pahit perit perjuangan parti. Tapi saya bukan ahli PKR jadi itu bukanlah masaalah saya, ye lah mungkin dia sudah berubah. Mungkinlah kot.

Lain Padang Lain Belalang.

Menjawab bukan Mendiamkan Pengkritik

Apabila seseorang itu disaman maka kebebasan seseorang itu untuk menulis atau mengkritik itu dihadkan oleh undang-undang yang diikat oleh mahkamah. Oleh kerana sesuatu kes itu dalam perbicaraan maka mahkamah tidak membernarkan isu itu diulas sehingga kes berkenaan selesai. Taktik ini sering digunakan oleh Syarikat-syarikat besar yang ingin mendiamkan pengkiritik mereka denga menggunakan kaedah saman yang membabitkan kos tinggi. Cara yang sama digunkana oleh anak beranak Lee di Singapura untuk mendiamkan JB Jeyaratnem di Singapura. Tindakan ini walaupun sah di sisi undang-undang adalah amat tidak wajar untuk diambil terutama oleh seorang ahli politik yang asas perjuanganya adalah kebebasan bersuara.

The Malaysian Insider pernah beberapa kali mengritik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di dalam siri editorial mereka dan pada masa yang sama memberi peluang untuk ahli politik ini menjawab persoalan mereka dengan menyiarkan jawapan balas Khairy. Oleh itu tindakan Zaid yang pada mulanya menjawab kritikan Kadir adalah sesuatu yang baik dan mendapat sokongan ramai terutama dari pembaca TMI. Itulah dia sepatutnya yang dilakukan oleh seseorang ahli politik, iaitu menjawab kritikan dan bukan mendiamkan pengkritik.

Zaid ada menulis:

“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan Umno yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.”

Nampak gayanyalah, walaupun telah menjawab dan mendapat sokongan hangat dari penyokong nampaknya Zaid masih lagi tidak berpuas hati.

Nampak macam Zaid tak dapat tidur nyenyak je?

Dah jawab, dah kutuk dan penyokong anda pun kuat memarahi si blogger berkenaan pun masih tak puas hati lagi?

Takkan baru kena kritik sikit pun dah bukan main berang.

Siapa yang hati busuk sebenarnya ni?

P/S: Kalau nak panggil saya penulis upahan Umno panggilah, tapi percayalah Umno langsung tidak membayar saya satu sen pun untuk menulis artikel ini samalah seperti Kadir. Sesungguhnya saya sangat mengalu-alukan wang upahan tambahan dari Umno untuk penulisan saya ini kerana saya memang bercadang nak beli Blackberry. Nasib baik The Malaysian Insider sanggup mengupah saya sebagai pengarang kolum.

Petikan dari Malaysian Insider hasil nukilan Zaidel B aka Sinatra Z!

 
1 Comment

Posted by on December 23, 2009 in Uncategorized

 

One response to “Siapa yang hati busuk sebenarnya Zaid Ibrahim? Mesti Baca!

  1. jembalang

    January 1, 2010 at 8:25 pm

    Zahid memang pariah !

    1. Masa jadi menteri, tak pernah pun dia pergi ke mesyuarat jemaah menteri……… kaki ponteng

    2. Zaid Ibrahim & Co menjadi kaya raya disebabkan mendapat kepercayaan untuk menjadi peguam mewakili kerajaan untuk membuat kontak-kontrak yang bernilai besar……… kacang lupakan kulit

    3. Semasa jadi menteri dia tidak pernah pergi ke mesyuarat jemaah menteri tetapi ada masa untuk pergi mengutuk Pak Lah di kedai kopi bersama rakan-rakan pembangkang……..musuh dalam selimut

    4. Dia adalah kaki mabuk & tidak bermoral

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s