RSS

Nik Aziz semakin hilang pengaruhnya! Nizar Jalang!

01 Dec

Sumber-sumber PAS memberitahu, semakin ramai kalangan ahli parti itu yang sudah ‘ naik bengong’ dengan gelagat Mursyidul Am PAS kebelakangan ini yang sekian lama menjadi simbol penyatuan perjuangan mereka.

Mungkin atas dasar hormat padanya kebanyakannya mengambil sikap terima saja seadanya satu demi satu tindak tanduknya yang memalukan mereka.Namun ikut ceritanya bibit-bibit keresahan makin sukar ditutup jika ia berterusan begini.

Nik Aziz selama ini mungkin merasa apa saja yang ditentukannya semuanya betul.

Tindakannya ‘ meletup’ terhadap Timbalan Presiden PAS Nashruddin Mat Isa tidak lama dulu dan kemudian diikuti dengan cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pemimpin atasan PAS yang didakwanya tidak sehaluan dengan perjuangan parti adalah antara yang mengoncang parti itu.

Terbaru rangkaian isu peribadi melibatkan tajaan Haji dan kontroversi dakwaan salahguna kuasa menantunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang beliau lantik dan pertahankan membuatkan ramai yang garu kepala.

Dalam pada itu ‘ perang’ antara bekas Pegawai Perhubungan Koprat PMBK,Syed Azidi Syed Abdul Aziz @Kickdefella dengan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang sudah diarah letak jawatan belum ada penghujungnya.

Malah ia telah bertukar menjadi perang dengan keluarga besar Nik Aziz bila isteri Ariffahmi ,Nik Amalina tampil meluah rasa mempertahankan suaminya dan membedal Kickdefella menerusi laman blog.

Ramai yang hairan dengan kemunculannya itu.

Sebelum itu anak lelakinya,Nik Abduh juga bersuara membela ayahnya.

Ia mengambarkan seolah ada tidak tenteram di kediaman Menteri Besar di Kota Bharu.

Sebenarnya banyak dakwaan serius yang dibuat oleh Syed Azizi terhadap Ariffahmi yang belum terjawab kecuali dicop sebagai fitnah oleh empunya diri,bapa mertua dan isterinya.

Petanda kredibiliti Nik Aziz semakin dipersoalkan dapat dilihat dari komen-komen di laman blog Syed Azidi yang kebanyakanya menyokongnya.

Juga semua orang tertunggu-tunggu siapa gerangannya ‘ Kolonel Mat’ yang didakwa oleh Nik Aziz menjadi dalang nak jatuhkannya.

Peliknya setakat ini bukan saja ahli biasa PAS malah pemimpin atasan parti itu tidak pernah dengar dan tidak kenal siapa ‘ Kolonel Mat’ itu.

Menariknya – Syed Azidi memberitahu orang yang dipanggil ‘ Kolonel Mat’ itu adalah arwah bapanya.

Sebagai ulama besar parti,Nik Aziz cukup maklum bagaimana akibat keatas reputasinya jika beliau tidak dapat dedahkan siapa Mat berpangkat Kolonel itu.

Kini setelah Mursyidul Am PAS itu muncul pula dengan doa supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan UMNO jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan ada kalangan dalam parti itu merasakan doa itu sepatutnya ditujukan kepada beliau dan menantunya.

Bagi mereka itu sebenarnya perlu dihitung dan diperjelaskan dulu.

Apa lagi kini topik siapa bakal pengganti Menteri Besar Kelantan makin bergema agak lain macam – berbeza dengan senario di masa lampau.

Sekalipun timbul tekanan yang jelas terasa namun tidak ramai para pemerhati politik yang berani bertaruh Nik Aziz akan angkat bendera putih.Beliau dikatakan cukup sedar mahu tidak mahu – secara terbuka – ahli parti itu dari serata tempat akan tetap berdiri mempertahankan ‘ Tok Guru’.

Agendadaily

Pilihananda Desperado

 
Leave a comment

Posted by on December 1, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s