RSS

Kisah Kaldai yang nak tunjuk pandai – Nizar Pondan!

19 Nov

Atan ikut ayahnya, Noh pergi jalan-jalan ke bandar.

Dalam kereta, dua beranak ini berborak sesama dia. Macam-macam Noh bapak moden ini bercerita dengan Atan. Kalau bapak dulu, tak borak-borak dengan anak. Sayangnya dengan cara garang dan strict. Bapak moden berkawan dengan anak.

Atan beritahu pada ayahnya dia sekarang nak perbaiki English dengan membanyakkan membaca buku-buku English.

“Baguslah itu, Atan,” Noh jawab.

“Rajin-rajin cakap dengan ayah. Supaya sebutan itu betul. Ayah kan belajar undang-undang di England.”

“Atan nak mintak ayah tolong. Ada perkataan Atan tak faham,” kata Atan.

“Boleh. Boleh. Ayah boleh tolong,” Noh jawab. Gembira anak menunjukkan sikap suka bertanya yang baik.

Tiba-tiba selepas melalui bus stop di seberang jalan, dia memperlahankan kereta dan berhenti ke tepi jalan. Dia menoleh ke arah bus stop seolah-olah melihat sesuatu.

“Apa dia perkataan Atan tak faham?”

“Atan tak faham perkataan confident dan confidential. Kenapa eja macam sama tapi maksud lain-lain yah?” Atan bertanya.

“Ohhh … Atan tahukan confident tu maknanya yakin kan?” Noh tanya.

Atan angguk dan menerangkan, “Confidential apa pulak?”

“Ginilah Atan. Pakai misalan lagi senang. Ayah confident Atan anak ayah…

“Budak baju biru tu pun anak ayah tapi dia confidential. Mak kau tak boleh tahu,” kata Noh sambil menunjuk ke arah bus stop.

Terpinga-pinga Atan cuba nak faham. Noh tekan minyak dan memandu kereta semula.

——————————-

Dengar banyaklah cerita macam budak menunggu di bus stop akan terburai. Fail-fail lama di deklasifikasikan. Pasal nak tutup kelemahan sekarang.

Ada orang sudah isytihar perang dan dilantik penasihat dengan gaji seringgit. Taktik peperangan adalah kau keluar, aku keluar … Siapa yang banyak keluar dan pandai auta akan menang. Lepas menang tak ada apa yang tinggal.

Yang bangang adalah yang memandai isytihar siang-siang. Satu kumpulan lagi pun ikut nak kejar kredit.

Haiya … apa la lu olang buat kirija manyak bising. Manyak boloh laaa

Dipetik dari blog Husin Lempoyang

 
Leave a comment

Posted by on November 19, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s