RSS

ADILKAH PAKATAN KOMUNIS DI PERAK DULU? Nizar DAP

19 Nov

Isu pemberian tanah kepada sekolah menengah persendirian Cina, SAR persendirian, sekolah Tahfiz al-Quran & sekolah pondok nampaknya tidak dijelaskan dengan perincian dari segi istilah, fakta dan angka yang sebenarnya oleh kerajaan Perak.

Rakyat sebenarnya disogok dengan data dan maklumat yang tidak lengkap. Rakyat jadi bingung. Jika dilihat dari penulisan blog-blog yang pro Pakatan Rakyat (PR) jelas banyak kekeliruan yang mana menjurus kepada pihak umum menuduh bahawa kerajaan BN kejam. Ini satu lagi persepsi negatif yang cuba ditanam oleh pihak PR kepada BN.
Kekeliruan yang asas ialah dari segi istilah. Dari segi istilah pun sudah bercelaru. Ada yang menyamakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dengan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Begitu juga dengan SAR (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dan SAR Persendirian.

Ada yang secara salah mendakwa bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengabaikan kebajikan SMJKC dan SAR sedangkan maksud yang ingin disampaikan ialah bukannya SMJKC tetapi SMPC dan SAR Persendirian. Penulisan yang tidak tepat ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada imej kerajaan. Padahal faktanya, kerajaan mempunyai tanggungjawab jika dikaitkan dengan SMJKC mahupun SAR (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan).

Jadi, mengaitkan SMJKC dengan SMPC adalah sesuatu yang tersasar. Jelasnya, kedua-dua entiti tersebut adalah berbeza. Begitu juga dengan penggunaan istilah Sekolah Agama Rakyat (SAR). Atas sebab perbezaan inilah tanggungjawab kerajaan ke atas setiap entiti adalah berbeza. Yang anehnya segala jasa kerajaan terhadap SMJKC dan SAR (Skim Sekolah Bantuan Kerajaan) dinafikan. Padahal Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab ke atas sekolah jenis tersebut. Mungkin tempias kekeliruan istilah ‘persendirian’ agaknya!

Berbalik kepada isu pokok iaitu isu pemberian tanah kepada sekolah persendirian di Perak. Penulis ingin berkongsi fakta dan angka yang mana dapat diteliti dan difikirkan oleh semua pihak. Mungkin fakta dan angka yang diberikan selama ini hanya ditelan bulat-bulat tanpa sebarang analisa dan perbandingan.

Kerajaan Perak telah meluluskan sejumlah 400 hektar tanah kepada 9 buah sekolah menengah persendirian Cina. Rentetan pertikaian hebat isu tersebut, MB Perak iaitu Dato’ Seri Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin mengumumkan 1000 hektar tanah sedang dalam proses kelulusan bagi diagihkan kepada SAR persendirian, sekolah Tahfiz al-Quran dan sekolah pondok.

Sebelum itu kerajaan Perak mengumumkan keluasan tanah yang diluluskan bagi SAR persendirian ialah sejumlah 200 hektar iaitu bagi 18 buah sekolah yang terdiri daripada 9 Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 Sekolah Agama Rendah. Mari lihat perbandingan angka-angka yang diberikan oleh kerajaan Perak ini.

Keluasan Tanah Sek. Men. Persendirian Cina (SMPC)
400 hektar = 9 buah SMPC
Maknanya Purata 1 SMPC = 44 hektar (105 ekar)
Keluasan Tanah SAR Persendirian (SARP)
200 hektar = 18 SAR Persendirian (9 Sek Men Agama Rakyat + 9 Sek Agama Rendah)
Maknanya Purata 1 SARP = 11.11 hektar (26 ekar)

105 ekar dibandingkan 26 ekar? Geleng kepala bila penulis tengok angka ini. Anda pula bagaimana? Mungkin ada yang tekup muka kerana menyesal memilih kerajaan yang sebegini. Apa tidaknya, keputusan kelulusan pemberian tanah ini adalah dibuat oleh ahli mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang majoritinya sudah tentulah DAP. Maka angka yang berat sebelah ke arah kaum Cina ini jelas menunjukkan kaum Melayu terpinggir di negeri Perak yang majoritinya Melayu. Hak Melayu nampaknya dipandang sepi. 26 ekar hanyalah gula-gula penyedap mulut Melayu.

Mungkin ada yang berkata tidak sesuai membandingkan 400 hektar dengan 200 hektar. Keluasan tersebut hanya terdiri daripada keluasan tanah yang diluluskan untuk SMPC dan SARP. Kenapa tidak dibandingkan dengan 1000 hektar seperti yang diumumkan Nizar iaitu jumlah keseluruhan untuk SAR persendirian dan pelbagai institusi agama. Mari kita bandingkan pula angka 1000 hektar dan 400 hektar.

1000 hektar untuk katakan 40 buah sekolah dengan sejumlah 8 SAR Persendirian, 15 sekolah Tahfiz al-Quran dan beberapa buah sekolah pondok (anggaran 7 buah). Setelah dibahagi iaitu 1000 hektar dibahagi 40 buah maka secara puratanya setiap sekolah tersebut akan mendapat hanya 25 hektar iaitu sekitar 59.5 ekar.

Sekolah Menengah Persendirian Cina membolot 105 ekar tanah yang diluluskan atas alasan keadilan. Islam itu adil kata Nizar. Penulis sangat bersetuju bahawa Islam itu sangat adil. Tapi yang tidak adil ialah Nizar yang telah dipegang jari telunjuknya oleh DAP. Nizar menggunakan alasan Islam demi menutup isu kelemahan dirinya yang hanya berfungsi sebagai boneka DAP. Mana mungkin adil jika dilihat dan dibandingkan dengan apa yang kita dapati.

Jika kita telan bulat-bulat angka yang diberikan oleh Nizar sudah tentu kita nampak seakan semua yang diberikan olehnya nampak cantik. Tiada cacat cela. Tetapi apabila kita membuat penilaian secara perbandingan, jelas kita dapati kita silap dalam memilih kerajaan PR. Ayuh Melayu, kita bangkit mempertahankan hak Melayu dengan memilih BN di masa Pilihan Raya Umum akan datang. Usah biarkan Perak dikemudi oleh DAP lagi!

http://kembarapolitik.blogspot.com

Apakah angka diatas menunjukkan satu pengagihan yang adil? inikah  satu ketidak adilan dalam memberi bantuan berdasarkan kaum dan agama.Inikah kerajaan yang kita mahu memerintah Negeri Perak?

Semoga dimasa hadapan parti-parti yang berselindung disebalik agama , sosialis dan liberal mnghentikan penipuan mereka demi meraih undi.Adil pada mereka hanya memenuhi kehendak kaum-kaum tertentu, Adil pada mereka menolak Islam sebagai agama yang suci, Adil pada mereka bila kejahatan, kesalahan mereka dianggap Pahala. semoga pengundi dan bakal Pengundi tidak lagi tertipu dengan dakyah mereka bila menyebut soal ADIL.

 
Leave a comment

Posted by on November 19, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s