RSS

Kes Azmin ke SPRM – Nizar mati pucuk!

18 Nov

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan siasatan kes pemilikan saham Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan isterinya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata salinan dokumen asal dan keterangan berkaitan kes itu telah diserahkan polis kepada SPRM.

“Dulu ada siasatan yang dibuat berhubung perkara ini oleh SPRM, maka rekod, dokumen dan keterangan yang diberikan kepada kita telah diserahkan kepada SPRM semalam bagi menyambung siasatan (mereka),” kata Musa kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Semalam, bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin yang dikatakan mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini.

Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, juga membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut.

Musa berkata “Kita dah rekod kenyataan apabila pengadu (Anuar Shaari) buat report (laporan polis). Dia (pengadu) buat report fasal saham (Azmin) dan ingin tahu dokumen yang diserahkannya (pengadu) kepada kita (polis) sahih atau tidak…kita serah pada SPRM (untuk siasat) kerana siasatan awal telah dibuat oleh mereka (SPRM).”

sumber – mstar

 
Leave a comment

Posted by on November 18, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s