RSS

Nizar Harami! Kenapa PAS suka buat hukum sendiri??

11 Nov

crazy_old_man ajiscopy

Umno Kedah mendakwa tindakan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail membatalkan jemputan kepada ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif, daripada menghadiri sidang DUN 17 November depan, sebagai ‘menghina mahkamah’.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ia kerana speaker telah bertindak mendahului keputusan mahkamah mengenai status ADUN Kota Siputeh itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar esok permohonan Speaker DUN Kedah itu untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat Kota Siputeh.

Ahmad Bashah diminta mengulaskan kenyataan Dr Abdul Isa semalam bahawa Abu Hasan bukan lagi ADUN kawasan berkenaan.

Speaker DUN Kedah itu dilaporkan berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

“Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis,” kata Dr Abdul Isa dalam laporan tersebut.

Dr Abdul Isa juga dilaporkan berkata, beliau juga telah membatalkan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat memandangkan Speaker DUN Kedah itu sendiri yang merujuk kes status Abu Hasan kepada mahkamah.

“Beliau tidak konsisten dalam membuat keputusan…bagi surat (jemputan), lepas tu tarikh balik. Tidak bolehlah buat ikut suka hati,” katanya.

(Sumber: Malaysiakini)

Tak cukup dengan tu, Nik Aziz kata, “Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.” Memang dah sasau la iorang tua ni, korang baca la kat sini.

 
Leave a comment

Posted by on November 11, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s