RSS

TRAGEDI JAMBATAN RUNTUH DI SK KUALA DIPANG

27 Oct

BAGAIMANA JAMBATAN GANTUNG YANG BARU SEBULAN DIBINA BOLEH RUNTUH?

DR. ZAMBRY SEDANG MENINJAU KERJA-KERJA MENYELAMAT DI TEBING SUNGAI KAMPAR

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Sehingga jam 3.30 pagi ini, tidak ada tanda pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 yang sedang mengikuti Kem 1Malaysia itu ditemui.

Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam tadi ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.

Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.

Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.

Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan menamatkan mesyuarat persiapan Sidang DUN Perak di kediamannya lebih awal. Beliau meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.

Seramai lebih 100 anggota dari Pasukan Polis PGA dan Bomba berusaha keras untuk mencari mangsa.

Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato’ Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato’ Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato’ Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.

Di akhir lawatannya, Dr. Zambry yang kelihatan muram di sepanjang lawatannya itu, melahirkan rasa amat sedih dengan kejadian berkenaan dan telah mengarahkan supaya pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan membuat siasatan segera mengenai punca jambatan itu boleh runtuh. Beliau menyatakan rasa simpati kepada ibubapa di mana anak mereka terlibat dalam tragedi malang itu.

Kepada ibubapa yang anaknya masih dicari, saya melahirkan rasa simpati yang amat sangat. Terbayang wajah anak-anak saya di rumah. Semoga mereka selamat dan dapat dijumpai. InsyaAllah.

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT DARI PEGAWAI POLIS DAERAH

KERJA-KERJA MENCARI MANGSA DILAKUKAN LEBIH 100 ANGGOTA POLIS PGA DAN BOMBA

DR. ZAMBRY BERTEMU PELAJAR YANG BERKHEMAH

MB DAN SALAH SEORANG PELAJAR YANG TERSELAMAT

SALAH SEORANG DARI 7 PELAJAR YANG TERSELAMAT SETELAH TERHUMBAN KE SUNGAI

MB MENJAWAN SOALAN WARTAWAN DI TEMPAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDAPAT LAPORAN PIHAK BOMBA

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM 1MALAYSIA DIBERIKAN TAKLIMAT OLEH GURU BERTUGAS

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

MB MELAWAT PELAJAR DI KEM

MB MELIHAT JACKET KESELAMATAN YANG TERDAPAT DI KEM ITU

SEBAHAGIAN WARTAWAN DAN JURUGAMBAR

PEMANTAUAN KERJA-KERJA MENCARI DAN MENYELAMAT

BINAAN JAMBATAN DI SEBELAH TEMPAT PERKHEMAHAN

Dipetik dari blog YB Ahmad Khusairi
 
17 Comments

Posted by on October 27, 2009 in Uncategorized

 

17 responses to “TRAGEDI JAMBATAN RUNTUH DI SK KUALA DIPANG

  1. nur

    October 27, 2009 at 9:07 am

    kita sama-sama berdoa agar mereka semua selamat…sepatutnya pihak yang berkenaan meneliti keselamatan setiap kawasan sebelum sesuatu program dijalankan…kepada ibu bapa pelajar yang terlibat, jangan putus asa dan banyak berdoa..

     
  2. Roslan Ahmad

    October 27, 2009 at 10:36 am

    Kepada keluarga mangsa banyakkan bersabar. Tidak dapat dibayangkang betapa hiba dan sedih keluarga adik-adik yang menjadi mangsa. Anak saya pun baru selesai menjalani perkhemahan 1 Malaysia di SK Bandar Baru Bangi minggu lepas dan selamat pulang dengan membawa cerita dan pengalaman yang menyeronokkan.

     
  3. aleeya

    October 27, 2009 at 12:01 pm

    SKKD sekolah rendahku…..

     
  4. hanisah

    October 27, 2009 at 12:16 pm

    semoga ada berita yang melegakan. didoakan pelajar2 berkenaan selamat.

     
  5. HJ JAMALUDDIN BIN M.YUSOF

    October 27, 2009 at 1:24 pm

    BANYAK SANGAT TELAH TEJADI BEGINI..BERAPA NYAWA TELAH TERKORBAN.. MELAKSANAKAN PEROJEK ..MENGEMBIRA HATI ORANG ORANG KG..TAPI BERPAPA BANYAK PEROJEK YANG TELAH SIAP MASIH DIPANTAU OLEH PEJ.DAERAH..PBT JUGA MBI..BRAPA HARI KITA BOLEH MERATAPI YANG TELAH MATI.. BAGAIMANA DENGAN FAMILI MEREKA …?????

     
  6. cikgu_abd ghani

    October 27, 2009 at 7:44 pm

    mudah-mudahan semua mangsa ditemui selamat. risaunya…

     
  7. azilah

    October 28, 2009 at 10:01 am

    alangkah sedihnya kepada murid-murid yg menyertai kem tersebut yg menjadi mangsa.apalah yg mereka tahu untuk menyelamtkan diri.mereka masih kanak-kanak…siapa yg hendak dipersalahkan…jambatan…kontraktornya atau murid-murid tersebut…tapi cuba kita semua renungkan…ketika murid-murid tu berseronok melompat-lompat dan mengoyang-goyangkan jambatan tersebut…dimanakah guru-guru yg bertugas yg sepatutnya memantau segala aktiviti murid-murid tu…

     
  8. yanti

    October 28, 2009 at 11:58 am

    simpati dengan nasib yg menimpa pelajar-pelajar … saya bersyukur sangat anak murid saya terselamat …pada mereka banyakan bersabar….

     
  9. Mohd Nadzri Kamsah

    October 28, 2009 at 10:48 pm

    Apabila berlaku tragedi ramai yang salahkan cikgu hingga sanggup memukul cikgu.tahukah anda bagaimana cikgu telah bersabung nyawa terjun sungai yang berarus di tengah malam gelita dan sejuk demi tngjwb kpd murid.lihat tv,pakar penyelamat yg lengkap alat moden masih terkial-kial mencari.Apa yang ada pada cikgu malam itu.Mereka bukan pakar sungai,namun berjaya juga menyelamatkan ramai murid.bukan suka-suka cikgu membawa murid camping.Tidur di rumah dengan bantal peluk labih baik.Tapi demi arahan perlu dilaksanakan amanah tersebut.Jgnlah lagi menyalahkan cikgu.SYABAS CIKGU kerana anda adalah WIRA.

     
  10. oioi

    October 29, 2009 at 5:45 pm

    ada tak gambar gambar operasi menyelamat?

     
  11. zitacute

    October 29, 2009 at 6:31 pm

    kita cari di mana silapnye…….kenapa brlakunye perkara sebegini.kite berbalik kepadaNya.mohon keampunan dari nya,mungkin kite ade malakukan ksilapan tp yg mnerima padah adalah kanak2 yg tak berdosa.kesian dan terlalu sedih dengan pemergian….kepada yg kehilangan org tersayang, di ucapkan takziah dan bnyak2 bersabar.renung2kan………….

     
  12. Mohd Nadzri Kamsah

    October 30, 2009 at 8:49 pm

    Semoga dapat dijadikan iktibar oleh Jabatan Pelajaran Perak,kontraktor dan penganjur sebarang aktiviti kokurikulum.

     
  13. shabaa doo

    December 31, 2009 at 1:13 am

    Jangan salahkan guru, salahkan GB dan Pengetua yang tidak membenarkan guru-guru bertugas.

     
  14. Hang Jebat

    December 31, 2009 at 1:19 am

    Kepada para guru, jangan serik. Hidup mati di tangan Allah SWT, kita hanya merancang tetapi perancangan Allah SWT lebih baik dari kita. All work and no play will make our student dull and bored. Kepada GB/Pengetua/Pegawai PPD/JPN yang tak mahu bertanggungjawab dan hanya mahukan jawatan….anda sebenarnya adalah tidak amanah.

     
  15. Hang Tuah

    December 31, 2009 at 1:21 am

    Kenapa tak buat jambatan biasa aje?

     
  16. fatin

    March 21, 2010 at 3:18 pm

    moga2 allah melindungi mereka yg blum d’temui lgi

     
  17. wan adnan wan othman

    April 13, 2012 at 4:40 pm

    Jambatan gantung kira dah lapuk,bina aje jambatan betul betul berapa banyak lagi trajedi seumpana ini harus berlaku minta pandangan pihak berwajib.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s