RSS

Nizar Laknatullah! Kenapa Ibrahim Ali digelar katak?

26 Oct

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar ‘katak’ sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti – Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

“Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.

“Tengok di Sabah berapa ramai… tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parti,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu.

Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno.

“S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat (katak)?” soalnya.

Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi.

‘Sama saja…’


“Kenapa saya…kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera… tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno),” katanya.

Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama saja… tapi buruknya Ibrahim Ali… tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan.

“Saya pegang banyak jawatan juga – pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas – adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan ‘ikan kaloi’?… tak ada … Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?… tak ada…mana (ada)..

“Alhamdullah, kalau dapat pertahan diri 30 tahun jadi pemimpin politik yang tidak dikait dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, kira okaylah. Jadi tengoklah kebaikan saya….saya pun berjuang untuk bangsa dan negara juga,” katanya.

Ibrahim berkata, antara sumbangan besarnya ialah perjuangan menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi universiti.

Katanya, orang lupa bahawa pada 1972, diploma ITM hanya diiktiraf sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tunjuk perasaan


“Ringkas cerita, (semasa) saya menjadi setiausaha agung dan kemudiannya presiden Persatuan Siswa ITM pada 1972,buat memorandum desak kerajaan. 

“Pada 22 April (1972), berlaku tunjuk perasaan besar. ITM ditutup dan Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi perdana menteri, sehinggalah kita buat rundingan penyelesaian sebahagian daripada diploma ITM pada masa itu diiktiraf setaraf dengan ijazah am di universiti-universiti lain.

“Siapa punya kerja… untuk orang Melayu, untuk Islam. Yang berpekik melolong kata kat Ibrahim Ali tu apakah sumbangan mereka?” soalnya lagi.

Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981.

“(Semasa) menjadi exco Pemuda Umno, saya lantang balik (mendesak) supaya diadakan fakulti perubatan di ITM untuk orang Melayu dan orang Islam, kerana saya tengok inilah gedung ilmu untuk tingkatkan martabat orang Melayu.

“Bila jadi ahli parlimen mulai 1986, setiap kali saya bahaskan perbelanjaan, saya mesti desak ITM dinaikkan (ke taraf) Universiti… saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata ‘kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain… ITM universiti, ITM universiti…

“Kemudian bila saya jadi timbalan menteri pada 1997, saya kata, inilah kesempatan paling baik. Saya himpunkan 15,000 bekas siswazah ITM di Stadium Melawati. Waktu 

itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) selaku menteri pelajaran. Saya pengerusi perhimpunan. Saya berucap dan pelajar angkat kain rentang dan bendera mahukan ITM jadi universiti.

“Saya duduk di tengah-tengah, Dr Mahathir (di sebelah kanan). Perdana menteri tanya kat Datuk Seri Najib boleh tak kita isytihar ITM jadi universiti, peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir. Najib kata tak ada salah… Dr Mahathir orang yang luluskan, yang melaksanakannya Najib dan saya orang ketiga yang mendesak.

“Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip… Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya…,” katanya. Malaysiakini

 
6 Comments

Posted by on October 26, 2009 in Uncategorized

 

6 responses to “Nizar Laknatullah! Kenapa Ibrahim Ali digelar katak?

  1. Anti Hipokrit

    October 26, 2009 at 8:30 pm

    Pok Berahim…. Saya hormat dan tabik spring kepada pok berahim.. You’re the man.. Yang dok terpekik terlolong itulah pengkhianat bangsa. Jgn kisahkan apa org kata. Semoga Allah membalas budi baik anda. Andalah contoh terbaik pejuang bangsa.

     
  2. adf55650

    October 26, 2009 at 8:46 pm

    Katak pun katak lah YB.
    Janji sudah berbakti dan terus berbakti.
    Depe tu yang tak sedar diri serupa dan satu species dgn KATAK BOTONG.
    Oing…Oing…Oing…kononnya panggil hujan. Depe tak mengakui bahawa yang turunkan hujan tu kerja ALLAH.

    Orang2 PAS ni termasuk yang dikatakan pemimpinnya baru hafal 2,3 ayat lazim dah bercita-cita nak tulis semula Al-Quran.

     
  3. orangkampung

    October 26, 2009 at 9:23 pm

    Ini katak bukan sebarang katak….banyak jasa pada orang melayu. Bukan macam niki ajis dan juburi yang pecah belahkan orang melayu.

     
  4. ismel

    October 26, 2009 at 10:47 pm

    hoi babi umno!!kari babi+parpu.bilalah nak mampus kauni?kecik2 tak nak mampus,besar2 badan manusia otak jadi otak babi.kalau mu snggup gelar YB DT SRI NIZAR kesayanganku laknatullah.maka aku istiharkan kamu ini lahir dari PUKI BABI..BERBAPAKKAN ANJING.

     
  5. meor abdul fattah

    October 26, 2009 at 10:56 pm

    Pejuang sejati sentiasa mengenang budi dan ikhlas . Datuk tidak memiliki kedua-dua ciri tersebut .

     
  6. subkiarabi

    July 9, 2010 at 10:16 pm

    Dato jangan kisah pasal nama katak tu…satu nama dan jolokkan seta gelaran yang memudahkan orang dan manusia mengingati kita.apa salahnya nama itu bukan satu perkataan yang jelik.Apa kita peduli.yang penting kita buat kerja.kita ada urusan yang masih belum selesai.kalau mau tahu buruk kita tanya lawan.Katak ini adalah suatu nama yang memudahkan ingatan orang pada kita.Selagi orang mau ingat kita mudahan rezeki,kesihatan,panjang umur itu di redhai allah.apa peduli orang kata apa.Anggaplah yang positif.dan hindarkan negatif.Apa bila gelaran ini terpahat dalam ingatan manusia dan memudahkan mereka mengigati dan mengenang kita.

    Teruskan dengan apa yang you nak buat untuk tanah air dan agama.Jika tadak orang macam you kami susah juga.Kami tahu you seorang yang kuat komen.Jadi kalau you tadak so tadak isu pula.Melayu kita ni banyak mengelamun.Dasar ekonomi baru belum selesai,dasar bahasa,dasar agama.dan berbagai kepentingan melayu belum terbela sejelasnya.Walau pun kerajaan sudah banyak membina dan mengadakan berbagai bagai peraturan dan mempertahankan hak orang melayu,Namun masih ada yang tercicir dan belum kukuh hak hak dan peradaban untuyk orang melayu…kita percaya dengan adanya PERKASA sebagai wadah baru memperjuangkan hak melayu di samping sebagai pemangkin kesedaran untuk melayu dan berdiri teguh di belakang tabir kerajaan melalu UMNOI atau PAS.Kita bergarap orang melayu akan bersatu di bawah PERKASA meski pun di kefahaman yang berbeza politik.Kita berharap nama KATAK itu tidak menyusahkan Dato Ibrahim Ali untuk terus berkhidmat secara langsung atau pun secara tidak langsung kepada rakyat malaysia teruta kepada bangsa Melayu.Walau pun nama Katak itu jelik pada Dato.Tapi itu adalah nama dan gelaran yang terbai.Biarlah orang kutuk Ibrahim tetap Ibrahim.Mereka umpama seorang Bapa dan Anak dserta seekor kaldai di tengah padang pasir.wassalam

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s