RSS

NIZAR BODOH NAK MAMPOS! USTAZ AZIZAN PUN TAK NAK EGM!

25 Oct

azizan razakALOR SETAR 24 Okt. – Pas tidak perlu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti daripada kumpulan prokerajaan perpaduan kerana yang wujud hanya sedikit kekeliruan dan salah faham di kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, EGM yang dibuat oleh MCA dan UMNO berbeza, justeru beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk Pas juga mengadakan EGM.

“UMNO buat EGM sebab pemimpinnya nak perkasakan parti ini melalui pindaan perlembagaan parti.

“MCA buat EGM sebab masalah dalaman pemimpin mereka dan saya rasa Pas tidak ada masalah sehingga perlu ke tahap nak buat EGM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan EGM kerana mahukan Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.

Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu ‘dibersihkan’ iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut Azizan, apa yang berlaku dalam parti itu hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sedikit kekaburan mengenai sesuatu perkara.

“Perbezaan pendapat ini adalah satu rahmat dan ia tidak teruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak,” katanya.

House PK: Itu kata Ustaz Azizan la, tetapi N.Ajis tetap mahukan EGM, orang tua tak sedar diri tu tetap mahukan EGM, dia memang sudah nekad nak buang Hassan Ali, Ustaz Nasha dan Mustafa Ali dari PAS, jangan lupa dia nak kasi out Hadi dan masukkan Husam si balaci Anwar! Utusan Malaysia Online

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s