RSS

4 teori kematian Teoh : mana 1 yang benar?

22 Jul

Analisis Kumbang..

Ada 4 teori mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Pertama kematian ini disebabkan tindakan SPRM. Iaitu soal siasat berakhir dengan Teoh ditolak atau tertolak daripada tingkap pejabat SPRM. Teori ini disokong penuh oleh pemimpin pembangkang. Amat pelik untuk difikirkan bagaimana SPRM boleh melakukan penyiasatan yang agak berbahaya pada seorang ‘saksi’ dan bukannya ‘tertuduh’atau orang yang dikatakan terlibat dengan kes yang disiasat. Teori ini juga dipersetujui oleh orang yang terakhir melihat Teoh iaitu Tan Boon Wah yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkata beliau dipaksa oleh SPRM untuk membuat kenyataan palsu. Klik sini untuk membaca laporan Malaysiakini.

Kedua kematian ini disebabkan mangsa membunuh diri. Teori ini disangkal dengan Teoh Beng Hock dikatakan tidak mempunyai masalah emosi dan ingin mendaftarkan perkahwinan pada hari kejadian. Teori ini disokong dengan kenyataan beberapa blogger yang mengatakan Teoh diugut dan diancam oleh sesetengah pihak yang tidak senang dengan kelakuan Teoh yang menjadi saksi pada SPRM dan beliau bertindak membunuh diri kerana tidak tahan diancam .

Kaitan Teoh sebagai ahli triad yang ingin mengorbankan diri juga ada dinyatakan di internet. Kumbang juga dikhabarkan oleh rakan dari parti DAP yang Teoh sememangnya mempunyai perangai yang agak ganjil(abnormal ) dan tidak berkelakuan seperti orang biasa. Sila tanya rakan-rakan dari parti DAP jika anda meragui fakta ini.

Ketiga kematian ini disebabkan kongsi gelap yang dikatakan menolak Teoh kerana menjadi saksi dan membuat laporan pada SPRM. Ada ramai yang membuat andaian mengenai peranan Ronie Liu dalam hal ini kerana kes yang sedang disiasat adalah melibatkan Ronie Liu dan majikan beliau Ean Yong Hian Wah .

Teori Kedua dan Ketiga mengenai penglibatan kongsi gelap dalam kematian Teoh disokong oleh laporan blog The unspinners ini. Klik sini.

Keempat kematian Teoh disebabkan oleh Konspirasi di dalam konspirasi. Iaitu bermaksud kematian Teoh sengaja diadakan untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada mengetahui masalah yang berlaku kepada Pakatan Pembangkang sekarang.

Konspirasi ini dikatakan dilakukan oleh NED/CIA iaitu dikatakan penaja gerakan politik atau demokrasi Anwar Ibrahim. Lihat laporan Tukang Taip. Klik sini.

Perkara ini jelas ada kaitannya kerana masalah yang melibatkan Pakatan Pembangkang lenyap dan sepi akibat disebabkan kematian Teoh ini. Antara masalah Pakatan Pembangkang ialah :

1.Tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.
2.Masalah tuntutan tanah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.
3.Kenyatan Hindraf yang mengatakan kecewa dengan Pakatan Pembangkang.
4.Exco selangor yang terlibat dengan salahlaku wang rakyat.
5.Konflik AMK Selangor dengan kerajaan Negeri.
6.Kenyataan Azmin Ali yang mengkritik prestasi Exco-Exco negeri Selangor.
7.Pengurangan Undi Melayu pada Pakatan Pembangkang di PRK Manek Urai.

Seperti peribahasa Inggeris “Kill two birds with one stone”. Perkara ini jelas merupakan teori yang amat kuat untuk difikirkan kerana SPRM tidak mengalami apa-apa keuntungan daripada kematian Teoh melainkan Pakatan Pembangkang yang mampu mengalihkan perhatian masyarakat. Teori keempat ini paling sukar juga untuk dilakukan. Tetapi siapa yang dapat melakukannya adalah ‘orang-orang yang luar biasa’ dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politiknya.

Kumbang telah sediakan teori, anda pilihlah sendiri dan fikirkan mana yang betul.
Jika tidak mahu, kita tunggu sama-sama hasil siasatan pihak polis.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

 
Leave a comment

Posted by on July 22, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s