RSS

Kematian Teoh: Ahli Majlis Perbandaran tolak beri keterangan

21 Jul

TanbonHwaSHAH ALAM: Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang kini sedang menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis juga telah mengeluarkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk hadir memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Teoh yang merupakan seorang bekas wartawan adalah setiausaha politik kepada Ean Yong.

“Kita sudah menghubungi Tan tetapi beliau menolak, jika beliau menolak untuk tampil ke hadapan, kita terpaksa menyamannya di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah,” katanya kepada media selepas memberikan taklimat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai perkembangan kes berkenaan.

Musa berkata siasatan terhadap kematian Teoh kini hampir 60 peratus lengkap dan berjanji akan memberikan perkembangan terkini kepada media mengenai siasatan kes itu.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu.

Bangunan berkenaan turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14.

Beliau merupakan seorang saksi utama yang dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

SPRM: Henti tuding jari, tunggu hasil siasatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.

“Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Ahmad Said berkata kes penyalahgunaan peruntukan negeri yang disiasat SPRM itu hanyalah kes biasa dan bukannya kes besar sehingga boleh menimbulkan kematian.

“Bukan kerja kami hendak siasat sampai buat (kematian) macam itu sekali…kes biasa sahaja,” katanya.

Ahmad Said berkata laporan sesetengah media didapati cuba mengeruhkan keadaan dan mewujudkan perselisihan faham dan tanggapan bahawa SPRM punca kematian Teoh.

“Jangan cuba wujudkan perselisian faham dan sensitiviti kaum…saya pun secara peribadi hendak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Ahmad Said berkata SPRM turut bersimpati dengan keluarga mangsa berikutan insiden itu. BERNAMA

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s