RSS

DR ZAMBRY DI BATU PAHAT!

20 Jul
Pak Ali bertemu dengan Dr Zambry selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Batu Pahat pagi tadi

SEWAKTU Dr Zambry Abd Kadir berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Batu Pahat, di barisan hadapan duduk seorang tua yang khusyuk mendengar pidato Menteri Besar Perak itu. Saya memerhatikan dari sudut pentas melihat beliau tidak berkelip dan mengangguk-angguk mengiyakan fakta-fakta yang dihujahkan oleh Dr Zambry.

Pak Ali, atau nama sebenarnya Ali bin Taki, 86, adalah antara ahli UMNO yang awal. Beliau menyertai parti itu di Rumah Rehat Batu Pahat yang kini menjadi tapak Dewan Jubli Intan Batu Pahat, tempat mesyuarat itu berlangsung.

“Saya teman sekolah Hussein Onn,” katanya dan mengenali pemimpin UMNO ketika itu.
Beliau masih ingat dengan jelas bagaimana ahli-ahli parti itu menderma untuk membiayai rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan. Pak Ali sendiri menderma RM100, satu jumlah yang besar ketika itu.

“Ketika itu pemimpin UMNO dan ahli parti serta rakyat amat rapat. Tidak ada hijab antara pemimpin parti dan masyarakat. Itulah sebabnya UMNO kuat ketika itu. Apa kata pemimpin itu kata rakyat dan apa kata rakyat itu kata pemimpin,” katanya.

Malam keputusan pilihanraya umum 2008 adalah malam yang amat sedih bagi beliau. Kekalahan Barisan Nasional di empat buah negeri dan Kelantan menyebabkan beliau menangis, kerana tidak menyangka perkara itu berlaku dalam masa hayatnya.

Katanya kekalahan itu adalah harga apabila pemimpin parti jauh dari rakyat dan ahli-ahli UMNO semakin materialistik.

“Macamana parti nak kuat bila ahli asyik fikir pasal duit. Pemimpin pula makin jauh dengan rakyat mabuk dengan kemewahan dan mahu dirai-raikan setiap kali bertemu masyarakat. Pemimpin mesti boleh didekati rakyat,” katanya dengan nada yang geram.

Beliau juga berharap agar pendekatan yang dibuat oleh Dr Zambry diteruskan, bertemu rakyat tanpa protokol serta senantiasa punya masa untuk orang ramai.

“Saya berdoa agar pendekatan beliau diteruskan. Jangan hanya sifat sementara saja. Malah pemimpin-pemimpin lain mesti mengikut cara ini, jika UMNO mahu berkuasa semula. Sekarang pembangkang mengamalkan pendekatan yang diamalkan oleh UMNO dahulu.

“UMNO pulak semakin jauh, pembangkang semakin dekat dengan rakyat,” kata moyang kepada lebih 30 cicit, 40 cucu dan 14 anak ini.

Harapan Pak Ali hanya satu supaya UMNO kembali kepada UMNO asal, seperti zaman Dato Onn hingga ke zaman Dr Mahathir. Beliau yakin Najib Tun Razak mampu memperbaiki semula UMNO dan menurut jejak ayahandanya yang merupakan salah seorang dari semangat dan jiwa yang memperkasakan parti keramat itu.

Kumpulan koir UMNO dan selawat yang menyambut kedatangan Dr Zambry, berjaya membangkitkan semula semangat UMNO dalam jiwa.

LAMA sudah tidak merasakan semangat UMNO menyerap ke dalam jiwa sewaktu Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Satu perasaan yang sering meresap ke dalam tulang sewaktu mula-mula menyertai parti ini pada awal tahun 90an.

Ketika itu setiap kali mesyuarat bahagian, pada setiap program parti, dan bersama rakan-rakan pemuda, terutama ketika menyanyikan lagu UMNO, berderau rasa darah semangat keMelayuan. Tetapi sejak tahun 2004, perasaan itu kian jauh.

Bagaimanapun ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Batu Pahat pagi Ahad tadi, perasaan itu datang semula, terutama ketika dinyanyikan lagu UMNO. Alunan irama, serta vokal koir yang mantap menyebabkan berdirinya bulu roma mengimbau sejarah kegemilangan ketika UMNO diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat bahagian Fuad Arkashi itu dirasmikan oleh Dr Zambry Abd Kadir. Memang benarlah kata Dr Zambry dalam ucapannya UMNO Johor merupakan benteng bagi parti. Beliau juga mengingatkan ahli-ahli UMNO Batu Pahat supaya menjaga dan memelihara parti supaya nasib mereka tidak dilanda seperti nasib UMNO Perak yang kehilangan kuasa selama 11 bulan selepas pilihanraya umum 2008.

“Ketika itu dalam masa hanya 11 bulan orang Melayu hamper kehilangan segala-galanya. Alhamdulillah, kita dapat menguasai kerajaan negeri semula hasil doa ahli-ahli UMNO seluruh Negara,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh.

Pada majlis itu juga Dr Zambry berkesempatan memberikan penerangan tentang apa yang berlaku dalam sidang DUN pada 7hb Mei lepas.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s