RSS

Pas salahguna jentera kerajaan Kelantan

13 Jul

Sebelum ini Pas begitu lantang menuduh UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di Manek Urai, sehinggakan lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri pun dipolitikkan dan dianggap menyalahgunakan kemudahan dan kenderaan kerajaan. Pasukan keselamatan turut dikatakan menjadi sebahagian daripada siri kempen BN.

Titik peluh dan keringat anggota polis mengawal lalulintas bagi melancarkan perjalanan kenderaan (termasuk kenderaan pemimpin pembangkang sendiri) tidak pernah dihargai malah tohmahan dan tuduhan liar dibuat untuk merosakkan imej mereka.

Husam Musa, orang harapan Nik Aziz sendiri menyamakan khemah-khemah yang menempatkan anggota polis itu sama seperti khemah yang didirikan tentera Amerika untuk menyerang Iraq. Melampau la lu bro!!!

Kehadiran agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tugas di Manek Urai dianggap sebagai musuh. Apakah mereka sedar sekiranya RTM tidak ditugaskan di Manek Urai adakah ucapan kepala-kepala pembangkang ini boleh disebar ke serata negara?

Apakah tanpa surat khabar, aktiviti calon mereka sendiri boleh diikuti pembaca di tempat lain?
Pernahkah mereka mengucapkan terima kasih apabila agensi kerajaan turut membuat liputan pada aktiviti mereka? Usahkan ucapan terima kasih, agensi-agensi kerajaan inilah yang menjadi sasaran sumpah seranah mereka.

Sebenarnya kehadiran agensi-agensi kerajaan ini adalah untuk melaksanakan tugas. Tidak ada satu pun kenderaan kerajaan diguna untuk kegunaan parti BN.

Sebaliknya Pas dengan sewenang-wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri Kelantan untuk berkempen. Tanpa segan silu dengan logo kerajaan Kelantan di pintu, kenderaan ini diguna keluar masuk kampung meraih undi untuk calon mereka. Apakah ini tidak dikatakan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan.

Mengekori sebuah Pajero milik kerajaan negeri Kelantan lengkap dengan sticker PAS

Gambar di atas dirakamkan di Kampung Kubur Jantan dalam Peti Undi Lata Rek. Anda saksikan sendiri kenderaan kerajaan Kelantan diguna untuk tujuan politik. Siap ada sticker Pas lagi kat cermin belakang. Di sini Pas mengadakan satu program (aku tak nak sebut program apa nanti bagi promosi percuma pulak), jauh di hujung kampung.

Kerana rasa curiga, kami kru ManekUrai2009 mengekori kenderaan ini dari jalan besar lagi sejauh kira-kira 2 km masuk ke Kampung Kubur Jantan.

Mereka memecut bila sedar diekori..

Pada mulanya tidak ada apa yang berlaku. Tetapi apabila mula menyedari diekori mereka memecut mula kenderaan walaupun dalam keadaan jalan kampung yang sempit dan tidak sempurna. Bayangkan memandu laju di jalan seperti ini pastinya akan membahayakan kenderaan lain dan juga kanak-kanak yang bermain di tepi jalan.

Memecut laju sehingga membahayakan kanak-kanak

 

Tidak salahguna kenderaan kerajaankah ini??

Kenderaan kerajaan tadi membelok masuk ke tempat program Pas. Memikirkan risiko yang dihadapi sekiranya turut masuk ke kawasan berkenaan, kami mengambil keputusan merakamkan dari jauh sahaja sebagai bukti untuk paparan di ManekUrai2009.

Relevankah kain rentang di atas?! Sekarang siapakah yang guna jentera kerajaan sebenarnya?!

 
1 Comment

Posted by on July 13, 2009 in Uncategorized

 

One response to “Pas salahguna jentera kerajaan Kelantan

  1. Buyung

    July 13, 2009 at 8:03 am

    Pas/Umno sama aja.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s