RSS

PPSMI DIMANSUHKAN – GEMBIRAKAH ANDA?

08 Jul

Maka termansuhlah sudah PPSMI, ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju, ini adalah lumrah, kita tak boleh nak puaskan hati semua manusia bukan?

Maka teirmalah keputusan ini dengan hati yang terbuka, saya secara peribadinya merasakan agak terkilan, kerana saya adalah salah seorang yang menyokong dasar PPSMI ini, namun melihat kepada senario sekarang ini, saya redha.

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Saya harap isu ini sudah selesai, walau pahit untuk di telan, namun saya terima dan kita akan mengguna-pakai kaedah ini di masa depan apabila kita sudah cukup dengan prasarana pembelajaran.

Di bawah ini adalah Kenyataan Ahmad b Maslan Ketua Penerangan UMNO:

Mansuh PPSMI & tingkatkan usaha pengajaran & pembelajaran Bahasa Inggeris BI dgn kaedah yg diperbaiki adalah bukti kerajaan sentiasa mengkaji sesuatu dasar agar menguntungkan rakyat..terpenting ialah dengan perubahan yg dibuat ini maka Bahasa Malaysia BM akan sentiasa dimartabatkan & pada ketika yg sama BI akan terus dimantapkan..BM adalah suatu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dgn Gagasan 1Malaysia..Peranan ini mesti diteruskan..Pengumuman ini adalah baik utk pelajar di luar bandar / pinggir bandar..UMNO Johor sejak mula lagi telah tidak setuju dgn PPSMI..pembangkang jgn pula kata ini atas sbb usaha mereka kerana perubahan dasar ini adalah setelah kajian teliti & perbincangan dilakukan oleh pelbagai pihak..saya juga menyokong agar pelajar perlu digalakkan utk mempelajari bahasa ke 3 seperti Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jepun dll..ini penting utk menjadikan bangsa kita menuju ke arah yg GLOKAL, bukan hanya boleh hebat di arena lokal tetapi boleh berjaya di pentas global..Tkasih

Apa pendapat anda? Kongsikan bersama ParpuKari

 
7 Comments

Posted by on July 8, 2009 in Uncategorized

 

7 responses to “PPSMI DIMANSUHKAN – GEMBIRAKAH ANDA?

  1. Lee Copper

    July 8, 2009 at 4:46 pm

    PPSMI mansuh sepenuhnya tiga tahun lagi. UMNO celaka pun lebih kurang masa tu hilang kuasa, mampuih tak berjirat. Mendiang UMNO lagi tiga tahun.

     
    • ParpuKari

      July 8, 2009 at 5:02 pm

      ERRR, UMNO MAMPUS 3 TAHUN LAGI, TADI PAGI PETANDA YANG PENGARUH ANWAR SUDAH MAMPOS, KAU NI BUTA KE BAHALOL YA? MUAHHAHAHAHAHAHAHA

      BYE BYE FUCKATAN RIOT!

       
  2. mathematician

    July 9, 2009 at 12:50 am

    Saya terkilan sebenarnya…
    Peluang anak2 (yang Melayu terutamanya) untuk menguasai ilmu disekat hanya kerana guru2 tak sanggup berkorban masa untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris…

    Rata2 pelajar India bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah manakala rata2 pelajar Cina sanggup berhabis duit mengikuti kelas bahasa Inggeris..

    Pelajar Melayu (dari luar bandar, terutamanya) akan struggle ketika mereka mula perlu membaca dan menggunakan buku2 dalam bahasa Inggeris…

    Nasib ler…

     
  3. Lee Copper

    July 11, 2009 at 12:21 pm

    Tak lama lagi SRJK (Tamil) akan penuh dengan anak-anak Melayulah. Tapi spesis Zamry dgn Parpukari. Hangpa semua Melayu celup.

     
  4. Lee Copper

    July 11, 2009 at 12:28 pm

    Parpukari,

    Perjuangan apa yang belum selsesai? Perjuangan untuk mengelingkan Umnokah? Kat Perak boleh kata dah berjaya? Kalau muka macam Midah (Kepala Gengster Betina) atau Nazri Manjoi (yang bagi bini dia pakai kereta Yayasan Perak pi kerja kat Perpustakaan Negeri) dok cerita perjuangan ka… Melayu ka… tak pa lah. Ini muka macam hang dgn Zamry. Cis teloqpun kaler macam ketoi arang.

     
  5. ParpuKari

    July 13, 2009 at 2:49 am

    Kau tu Melayu sangatkah dok ampu Cina DAP dan Keling Hindraf tu? Seeblum tanya soalan kat aku, patutnya kau malu la sikit, apa punya paria la kau ni pokemon oi!

    Yang kau dok puja siang malam serupa macam dewa si juburi wal liwati tu keturunan apa? Bukan keling ka? Nicky Ajis tu keturunan apa? Kau Melayu ke?

    Kalau Melayu kenapa tak perjuangkan Melayu? Kenapa kau perjuangkan bangsa lain wahai kafir laknatullah hoi? Memang sah kau lebih bodoh dari babi LEe Kopek oi!

    MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

     
  6. Mok

    August 9, 2009 at 10:23 pm

    Saya ada seorang anak yang terlibat dengan PPSMI. Dalam peperiksaan UPSR dia skor terutama sains dan matematik. Tetapi apabila memasuki tingkatan satu (PPSMI) keputusan ujian sainsnya membimbangkan saya. Dia cuma dapat D sedangkan dalam UPSR dia dapat A. Saya cuba mengatasi masalah dengan mengantar anak saya ke pusat tusyen. Bagaimanapun hasilnya tidak seberapa.
    Dalam peperiksaan PMR keputusan mengecewakan saya. Harapan saya untuk dia menceburi bidang sains seperti kedoktoran atau kejuteraan berkecai. Tahun ini dia akan mengambil SPM. Dalam ujian terbaru disekolahnya dia gagal Add Math, Physic dan Chemistry. Sedangkan subjek lain dia lulus cemerlang. Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku. Apabila saya berjumpa gurunya, saya ditunjukkan keputusan keseluruhan kelasnya. Daripada 19 pelajar di kelasnya, hanya seorang lulus Add Math, 7 orang lulus Physic dan empat orang lulus Chemistry. Saya nampak mereka yang telah gagal tiada masa depan dalam bidang sains.

    Saya tinggal di sebuah taman perumahan yang kebanyakan ibubapa berpendidikan universiti atau kolej.Mereka ini menitikberatkan pendidikan anak-anak. Saya tak tau bagaimana pula keputusan pelajar sekolah di luar bandar.
    Saya cadangkan mereka yang menyokong PPSMI pergilah berjumpa guru terutama di luar bandar, lihatlah apa yang dah kita lakukan kepada anak-anak kita. Kita mahu anak kita menjadi saintis berkebolehan. Tetapi hasilnya mereka hilang begitu saja dalam perjalanan.
    Saya dapati anak saya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris sedikit-sedikit. Tetapi minat mereka pepada sains hancur. Jika anda fikir untuk menjadi saintis, anda perlu pakar bahasa Inggeris,anda silap.Sains bukan hak milik bahasa Inggeris. Pergilah berjumpa dengan saintis Jerman, Peranchis, Rusia, Jepun, mereka belajar, berfikir dan menerbitkan hasil penyelidikan dalam bahasa ibunda mereka. Untuk menguasai sains mereka, adakah kita perlu memaksa anak-anak kita belajar sains dalam bahasa Jerman atau peranchis atau Rusia atau bahasa Jepun.
    Bukalah mata. Lihatlah di negara kita. Negara kita dikatakan terkehadapan dalam industri getah, kelapa sawit, pertanian dan perhutanan. Jenguk-jenguklah ke Lembaga Getah Malaysia, MARDI, Penyelidikan Perhutanan, PORIM,dan sebagainya. Ramai saintis mereka mendapat pendidikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi mereka boleh menguasai B.I, bagaimanapun mereka Boleh bekerja dan berfikir dalam bahasa Melayu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s