RSS

‘Jangan ajar rakyat Kelantan’ – Ibrahim Ali

22 Jun

KUALA LUMPUR 21 Jun – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.

“Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?

“Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.

“Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.

“Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?

“Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan,” katanya.

ParpuKari: Ambik kau Anwar al juburi! Datuk Ibrahim Ali dah bantai kau kaw2 punya, aku memang dah lama tunggu statement macam ni dari Ibrahim Ali sebab beliau lebih mengenali si AL juburi ni!

Apa kau nak cakap sekarang wahai Al Juburi? Kau jangan lari ya, jadilah anak jantan wahai al juburi walau aku tau kau ni GAY…berani kerana benar!

 
2 Comments

Posted by on June 22, 2009 in Uncategorized

 

2 responses to “‘Jangan ajar rakyat Kelantan’ – Ibrahim Ali

  1. Tukang Dok Peghati

    June 23, 2009 at 9:41 am

    ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Nampaknya PAS secara RASMInya menolak IDEA Kerajaan Perpaduan hasil HASUTAN ALJUBOR dan penglibatan GENG ERDOGAN yang tak berhenti-henti merosakkan otak Pok Nik..

    Namun sebenarnya dalam isu Kerajaan Perpaduan ini, INSAN yang paling dijatuhkan MARUAHnya adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.. Tak cukup diTIBAI semasa Muktamar PAS oleh Lebai ERDOGAN yang menuduhnya sebagai DALANG pencetus Kerajaan Perpaduan, beliau jugak diTIBAI oleh Pok Nik yang ternyata sekali mendapat LAPORAN sebelah PIHAK dan BUTA HATI akibat termakan hasutan puak-puak Lebai ERDOGAN.. Hari ini, Presiden PAS sendiri seolah-olah menikam beliau dari belakang dengan menolak idea Kerajaan Perpaduan.. Ustaz Nasharuddin hanya mampu mendiamkan diri sahaja akibat diTIBAI kiri-kanan..

    Kalau orang yang berMARUAH, sudah tentu mereka akan melakukan tindakkan yang DRASTIK terhadap parti yang jelas bukan sahaja meng’KAMBING-HITAM’kan mereka, membuat TOHMAHAN terhadap mereka dan jugak menikam mereka dari BELAKANG.. Apa gunanya membiarkan MARUAH diri tercalar atas sebab yang bukan kita sendiri inisiatifkan? Apa gunanya membiarkan MARUAH diri kita diHINA sedangkan semua maklum segala jasa-jasa kita terhadap parti selama ini? Namun, adakah Ustaz Nasharuddin berani mempertahankan MARUAHnya selepas apa yang beliau hadapi selama ini? Sedangkan nak jadik YB pun terpaksa mmerempat di negeri lain mengharapkan BELAS-IHSAN orang lain? HE!HE!HE!

    Wallahualam..

     
  2. ibrahim

    June 23, 2009 at 2:54 pm

    Ibrahim Ali silap… penemuan dan penggunaan gas asli dan petroleum di Kelantan itu berlaku pada tahun 2004 ketika Pak Lah jadi PM. Waktu itu juga, Anwar dah tak ada dalam kerajaan/dipecat.

    Rujuk kembali kepada fakta…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s