RSS

Anwar Perasuah Terbesar!

31 May

Harga diatas kepalanya ialah RM100 juta.Namun Menteri Luar, Datuk Anifah Aman tidak gundah dengan jumlah saman sebesar itu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Beliau nampaknya tetap berpegang pada dakwaanya di Washington baru-baru ini bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk memancingnya melompat menyertai gerakan 16 September yang gagal.

Menjawab soalan wartawan mengenai saman berkenaan semasa sidang akhbar di Wisma Putra Jumaat, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis,Sabah memberi contoh dakwaan Aminah Abdullah iaitu calon Bebas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti bahawa beliau ditawarkan wang dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang untuk tarik diri.

”Ini cuma pilihan raya kecil yang tidak melibatkan pembentukan kerajaan, calon Bebas ini telah ditawarkan wang dan kedudukan.

”Jadi fikir-fikirlah, jika calon Bebas dalam pilihan raya kecil ditawarkan jawatan, apatah lagi jika ia melibatkan pembentukan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Mengenai saman RM 100 juta yang difail oleh peguam Anwar,Sankara Nair di Mahkamah Tinggi ,Kuala Lumpur Rabu ,Anifah kata,’ kepentingan rakyat lebih penting daripada hal saman.”-29/5/2009

*****************************************************

Tawar TPM: Anwar saman Anifah RM100 juta

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),. Datuk Seri Anwar Ibrahim petang Rabu memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah yang mendakwa Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika setuju meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

Saman tersebut difailkan oleh peguam Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini Anwar menuntut agar Anifah memohon maaf di atas kenyataannya itu tetapi Anifah dalam reaksinya menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Anwar kerana mempunyai tugas lain yang lebih penting daripada memikirkan soalan ancaman Anwar untuk menyamannya.

Anifah semasa sidang media bersama dengan Setiausaha Luar Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington menjawab soalan wartawan mengenai isu Anwar mendedahkan, Anwar ada membuat tawaran ‘lumayan’ kepadanya termasuk jawatan TPM selepas pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

Isu tawaran itu dipercayai ada kaitan dengan usaha Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru 16 September setelah mendakwa beliau telah mendapat jumlah Ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk beliau ‘menumbangkan’ BN dan membentuk kerajaan baru.

Selain Anifah, sebelum ini Anwar juga semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaman Datuk S. Nallakarupan kerana mendakwa Anwar menerima wang daripad syarikat judi sebanyak RM60 juta.

Namun sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan berhubung dengan isu tersebut.

Sementara itu Anifah yang kini berada di luar negara kerana tugas rasmi ketika diminta mengulas saman Anwar terhadapnya jawab ringkas menerusi SMS kepada Agendadaily. ” saya serahkan pada peguam saya.” katanya. – 27/5/2009

*******************************************************

Samanlah…Anifah tak akan tarik balik dakwaan ditawar TPM

Isu Datuk Anifah Aman vs Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi makin panas. Ini bilamana Menteri Luar itu tetap berpegang pada dakwaannya bahawa Penasihat PKR itu pernah tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya semasa gerakan 16 September untuk masuk Putrajaya menerusi pintu belakang.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu yang pulang dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pagi Ahad kata beliau sedia disaman oleh Anwar.

Sabtu Sankara Nair,peguam kepada Anwar menafikan Ketua Pembangkang itu ada buat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anifah untuk lompat parti.

Katanya beliau dapat arahan supaya fail saman terhadap Menteri Luar itu jika dakwaan itu tidak ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Anwar dilaporkan mengakui beliau ada sekali saja berhubung dengan Anifah menerusi telefon.

Beliau lalu memperlekehkan Anifah membuat dakwaan itu sebagai orang yang mungkin bermimpi nak jadi Timbalan Perdana Menteri

Dalam sidang akhbar di KLIA Sepang itu Anifah juga mengesahkan Anwar ada telefon beliau sekali tahun lalu.

Katanya beliau tidak ingat tarikhnya.

“Saya beritahu dia jangan buang masa,saya tidak sedia tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional”,katanya

Mengenai samaada sedia hadapi saman Anwar beliau berkata, “ya,saya tak ada masalah.Sebagai Menteri Luar ada ada banyak perkara penting nak dibuat.Anwar tidak membimbangkan saya” .-17/5/2009

*******************************************************

Anwar nafi tawar jawatan

Sankara Nair,peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ahad menafikan Ketua Pembangkang itu ada buat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Anifah Aman untuk lompat parti.

Katanya beliau dapat arahan supaya fail saman terhadap Menteri Luar itu jika dakwaan itu tidak ditarik balik dalam tempoh 24 jam -16/5/2007

********************************************************

Menteri Luar ditawar jawatan ‘ lumayan’ untuk lompat

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengakui beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang ‘ditawarkan jawatan amat lumayan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melompat ke pembangkang dalam gerakan 16 September.

“Dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu memberitahu demikian ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington Khamis.

Menurut laporan Bernama Anifah berkata selain beliau,Anwar juga memujuk ahli-ahli Parlimen BN yang lain.

“Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang,” katanya.

Serentak dengan itu beliau membidas Anwar kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

“Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa,” katanya.

Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

“Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah,” katanya.-15/5/2009

Sumber dari Agenda Daily!

 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2009 in Uncategorized

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s