RSS

Nik Aziz tak tahu apa yang dia cakap

28 May

Tok-GuruJIKA sebelum ini, anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh sendiri kesal dengan nasihat yang salah diberikan kepada bapanya, oleh para penasihat, kini bolehlah disahkan kata-kata itu apabila Menteri Besar Kelantan ini memberi gelaran Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Mahkamah.

Menggelar Menteri Besar Perak sebagai Menteri Besar Mahkamah membuktikan Nik Aziz sebenarnya bercakap tanpa maklumat yang cukup kerana usianya yang sudah semakin tua. Dalam kes antara Dr. Zambry dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, keratan wawancara antara Berita Minggu 17 Mei 2009 dengan Mohamad Nizar sepatutnya diberikan kepada Nik Aziz.

Mungkin Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan tidak dibekalkan dengan akhbar ini. Oleh sebab itu, dipetik semula sebahagian dari hasil wawancara tersebut. “…Berlakulah krisis ini. Ia berlakuberpanjangan sampailah kemuncaknya apabila saya mengambil tindakan mahkamah. Kami ambil tindakan berdasarkan lunas undang-undang, bukannya nak merebut kuasa itu sangat.”

Kalaulah Nik Aziz tidak ada kesempatan membaca akhbar arus perdana kerana kesibukan, sepatutnya pembantu-pembantunya membacakan bagi pihaknya. Barulah dia menjadi Menteri Besar (MB) yang ‘up to date’ kenyataannya. Tapi nak buat macam mana, pemimpin dalam Pas, dianggap maksum oleh orang-orang Pas. Semua yang dia cakap, dianggap sebagai fatwa. Semua betul.

Itulah sebabnya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata; sepatutnya Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberikan gelaran ‘Menteri Besar Mahkamah’ kepada Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin kerana beliau yang lebih sesuai menerimanya.

Dr. Zambry berkata, orang yang mula-mula mengheret isu itu ke mahkamah ialah Mohamad Nizar dan selayaknya gelaran itu diberikan kepadanya.
“Sebenarnya yang sepatutnya ‘tuan guru’ (Nik Aziz) sebutkan ‘Menter Besar Mahkamah’ itu ialah Nizar kerana yang menyerang dan membawa kes ke mahkamah itu bukan saya tetapi beliau yang melakukan proses itu.

“Jadi saya perbetulkan pandangan ‘tuan guru’ yang saya hormati kerana sebagai manusia biasa, dia buat silap juga,” katanya kepada pemberita di Ipoh.
Dr. Zambry mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang menyifatkan beliau sebagai menteri besar mahkamah dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.

Di sini, rakyat oleh menilaikan. Inilah sebenarnya kelakuan pemimpin Pas. Merek tidak ada maklumat dan mereka tidak tahu banyak perkara sebelum mereka bercakap. Nasib baik dia tidak bercakap soal-soal ekonomi. Kalau tidak, musnah.

Begitu juga dengan hal-hal keselamatan. Kalau mereka bercakap soal-soal keselamatan, boleh huru-hara keadaan di negara ini. Namun, inilah Pas dan kelemahan yang ada ini menyebabkan Pas dapat ‘diperkudakan’ oleh PKR dan DAP.

 
4 Comments

Posted by on May 28, 2009 in Uncategorized

 

4 responses to “Nik Aziz tak tahu apa yang dia cakap

  1. parpukari

    May 28, 2009 at 5:09 am

    WELCOME TO MY NEW BLOG!

    ParpuKari: Thank you bro!

     
  2. ayor lemuju

    May 28, 2009 at 10:00 am

    wordpress pulok?

    ParpuKari: Bukan apa wordpress ini best sebab boleh moderate komen dengan bagi komen dalam komen! He he he

     
  3. ajijasin

    May 29, 2009 at 1:58 am

    salam alaikum parpu…..

    aku ucapkan setinggi tahniah
    kerana telah buat satu blog baru!
    diharap blog ini bertuah lagi, buat ngkau!
    ngkau aminnn kan aje, doa aku ni!

    tentang nikol ajis ni,
    aku cadangkan ngkau
    senaraikan apa yang dia telah cakap
    YANG MENGARUT MERAPU MENYESATKAN SELAMA INI!
    dan telah menjadi bagai sabda sabda
    kepada pengikut pengikut FANATIK PAS!

    sekali lagi JUTAAN TAHNIAH UTK BLOG BARU NI!

    ParpuKari: TQ Bro, Insya’allah, saya akan cuba!

     
    • ParpuKari

      May 30, 2009 at 3:41 pm

      Terima kasih kepada semua yang telah komen!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s