RSS

Kisah Melayu Berjaya: Terajui Empayar Pada Usia Muda!

25 Mar
Datuk SM Faisal SM Nasimuddin

RUTIN hariannya padat, jika tidak menghadiri mesyuarat pastinya beliau sibuk dengan urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat.

Baginya, andai boleh dipanjangkan tempoh 24 jam sehari dan dilanjutkan kiraan tujuh hari seminggu pasti ia cukup bererti dan bermakna.

Tanpa kenal erti penat, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin tidak mahu bersenang lenang dengan bersandarkan warisan peninggalan arwah bapanya untuk berjaya.

Riak wajah usahawan muda ini begitu mengujakan tatkala diajak untuk berbicara mengenai kejayaan empayar perniagaan Kumpulan Naza yang diasaskan Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Bermula dengan menjual hanya sepuluh buah kereta terpakai buatan Jepun sekitar tahun 70an, kumpulan itu kini menjadi pengedar kereta dan motosikal yang terkemuka serta turut meluaskan perniagaan dalam bidang hartanah dan perhotelan.

Minat automotif sejak kecil

Membesar dalam persekitaran industri automotif, SM Faisal menunjukkan minat yang cukup mendalam dalam bidang ini sejak usia empat tahun.

Mungkin zaman kanak-kanaknya sedikit berbeza kerana pendedahan yang diterima sejak kecil daripada bapanya lebih kepada tanggungjawab untuk memacu kejayaan syarikat.

“Saya sudah didedahkan dengan perbincangan pihak lembaga pengarah serta mesyuarat-mesyuarat peringkat jabatan sejak kecil lagi.

“Arwah ayah akan membawa saya ke pejabatnya sejak saya berumur empat tahun… malah boleh dikatakan inilah masa-masa yang paling bermakna kepada saya di Naza,” terang SM Faisal mengimbau zaman kanak-kanaknya.

Kata orang, di mana ada kesungguhan, di situ ada jalan. Cerita SM Faisal, saat manisnya dalam bidang perniagaan ini bermula apabila beliau berjaya menjual sebuah kereta Volkswagen Beetle pada awal zaman remajanya.

“Volkswagen Beetle adalah kereta pertama yang berjaya saya jual. Saya cukup bangga untuk nyatakan pelanggan berkenaan dan ahli keluarganya merupakan pelanggan setia syarikat kami hingga sekarang,” kata usahawan berusia 30 tahun ini.

Menurut SM Faisal, tidak keterlaluan untuk mengatakan setiap darah yang mengalir dalam badannya adalah sebahagian daripada kehidupan di Naza.

Mana tidaknya, ketika melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat, beliau masih sempat untuk merancang pelan perniagaan untuk dilebarkan di Malaysia.

Ketika di sana, melihat kepada minat rakan-rakannya dari negara Asia memandu kenderaan mewah jenama Brabus, terdetik difikirannya untuk membawa jenama berkenaan untuk membawa jenama berkenaan untuk pasaran rantau ini. Cabaran dan prinsip hidup

Bergelumang dengan dunia perniagaan menjadikan bapa kepada dua putera ini seorang yang kental menghadapi cabaran. Menurutnya, asam garam bidang yang dilalui ini menjadi rencah yang cukup bermakna untuk melebarkan sayap empayar Kumpulan Naza.

Bertanggungjawab menguruskan cabang perniagaan kenderaan mewah buatan asing, SM Faisal mengakui tahun 2010 ini beliau bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun beliau bersyukur dibelakangnya dibarisi kumpulan sokongan yang sentiasa memberi sokongan padu untuk memacu kejayaan bersamanya.

“Bagaimanapun saya yakin kami mampu berhadapan dengan semua cabaran yang bakal tiba kerana perniagaan ini mempunyai asas yang kukuh, sasaran serta matlamat kita jelas dan kita ada kumpulan pekerja yang cukup bersedia,” ujarnya penuh yakin.

Mengamalkan prinsip dan gaya hidup yang sederhana, SM Faisal menjadikan asas hubungan kekeluargaan sebagai kunci untuk berjaya.

Melakukan yang terbaik kepada setiap insan di sekelingnya menjadi hasrat usahawan berwawasan ini. Menjadi bos kepada 4000 orang kakitangan, SM Faisal memandang berat tanggungjawabnya itu kerana menyedari setiap daripada mereka mempunyai keluarga dan komitmen yang perlu diuruskan.

“Jadi tugas saya ialah untuk memastikan pekerja saya disediakan persekitaran yang kondusif.

“Saya mahu jadikan Kumpulan Naza sebagai majikan yang sentiasa menjadi pilihan malah saya mahu anak-anak mereka juga menyimpan keinginan untuk bersama-sama kami pada masa hadapan,” tuturnya ikhlas.

Perancangan masa depan

Mengetuai sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian perniagaan pelbagai, sudah pasti SM Faisal mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk memastikan perancangan syarikat terus berada di atas landasannya tambahan pula tatkala berhadapan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu.

Ujar beliau, matlamat utamanya ialah mahu Kumpulan Naza bukan sahaja terus tumbuh dengan jayanya malah mensasarkan agar ia terus berkembang maju dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju utama pasaran automotif tempatan.

Bagi SM Faisal, matlamatnya ialah mahu menjadikan jenama Naza bukan sahaja terus kekal malah bertahan sehingga bertahun-tahun.

“Saya yakin kejayaan dan pengalaman kami selama 35 tahun sebelum ini mampu untuk melonjakkan jenama Naza,” katanya dengan penuh bersemangat.

Antara kerjaya dan kehidupan peribadi

Beliau selalu bertarung dengan masa, tapi mujurlah keluarga tersayang sentiasa memahami tugas dan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan bos kepada keluarga besar Naza.

Bagi SM Faisal isteri tercinta, Datin Emilia Hanafi serta dua puteranya, SM Fawwaz dan SM Faiz merupakan kekuatan kepadanya untuk mendaki puncak jaya.

Jika arwah bapanya dulu seringkali menjadikan beliau sebagai sahabat dan teman setia dalam menguruskan perniagaan, inspirasi yang sama digunakan terhadap SM Fawwaz.

“Mungkin dalam beberapa tahun lagi, Faiz juga akan turut serta kami di arena penuh mencabar ini.

“Saya nampak Fawwaz juga begitu menunjukkan minat yang mendalam dengan kereta dan kami akan sentiasa berkongsi perasaan yang sama,” katanya sambil mengakui begitu rapat dengan putera sulongnya itu.

Cari masa untuk riadah

Disebalik wajah, pastinya ramai yang tidak percaya lelaki kacak ini suka bermain futsal dan badminton.

Jika ada masa lapang, pastinya beliau tidak akan melepaskan peluang untuk bermain bersama teman sekolahnya ataupun bersama rakan perniagaan.

Masa bersama keluarga juga terhad, tapi sebagai suami dan bapa, beliau pasti akan membahagikan masa bersama kesemua insan tersayang disisinya sebaik mungkin.

Jelas SM Faisal, baginya jumlah masa tidak penting tetapi kualiti masa yang diperuntukkan adalah lebih bermakna.Jika ada kelapangan, pastinya ia akan diisi dengan aktiviti bersama keluarga.

“Masa untuk keluarga amat berharga, saya akan cuba mencari masa yang sebanyak mungkin untuk Emilia, Fawwaz dan Faiz.

“Memang saya tak dapat nak peruntukkan masa yang banyak kepada mereka, tapi yang penting bagaimana saya nak isikan masa bersama mereka dengan sebaik mungkin… itu lebih bererti,” ujarnya.

 
2 Comments

Posted by on March 25, 2010 in Uncategorized

 

2 responses to “Kisah Melayu Berjaya: Terajui Empayar Pada Usia Muda!

  1. SAWIAH BINTI BAHARI

    February 12, 2011 at 9:29 pm

    Tahniah . Saya akan ambil kisah saudara untuk tokoh berjaya dalam pengajaran saya di sekolah. Saya seorang guru di pahang.

     
  2. moh. khir

    June 6, 2012 at 8:49 am

    saya pernahgagal dlm perniagaa yg menjurus saya kepada kebangkrapan,isteri n anak2 mengeluh susah..namun tidak saya abaikan tngungjwb saya memberi nafkah keluarrga n pelajaran anak2.mereka x mampu saya hatar p truisyen.namun kerana mereka faham n kadangkala saya sendiri mengikat perut,akhhirnya 3 anak saya mendapat peluang pelajaran yg baik,yyg 1..baru habis belajar d uitm,,yg kedua skrag d metrik p.pinang,yg ke3 d sek. men sains selangor.alhamdulilah.dgn pendapatan rm 750 sebulah say gagahkan juga idup ini utk anak2.saya mahu anak saya berjaya mcm keluarga naza.semuga allah beri saya kesihatan,kesabaran semuga pelajaran lah yg dapat mengubah nasib idup…jdikan kisah saya sbgi tauladan.salam.khiir 017-2733209

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.