Pendedahan Gempar! Rashid, saksi liwat yang paling digeruni Anwar ?

Siapa Rashid ? Kenapa nama Rashid tiba-tiba muncul ketika pendakwaan Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ? nama Rashid mula ‘meletup’ sekitar Julai 2009, apabila Anwar dan pasukan peguam belanya meminta semua keterangan saksi sebelum perbicaraan termasuklah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Rahimi Osman, Hasanuddin Abd. Hamid, Rashid Othman dan Jude Pereira.

Mohd Saiful sudah dikenali ramai, merupakan saksi utama yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar. Rahimi Osman pula bekas Setiausaha Sulit Anwar yang bertanggungjawab membawa Saiful bekerja bersama Anwar di pejabat PKR, Seksyen 16. Hassanuddin Abd. Hamid pula merupakan kawan Anwar yang merupakan pemilik kondominium Desa Damansara kondominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat didakwa berlakunya aktiviti liwat tersebut. Jude Pereira pula merupakan pengawai polis yang mengetuai siasatan kes liwat Anwar-Saiful.

Bermakna saksi-saksi ini penting kerana berkaitan dengan kes liwat Anwar. Dari saksi yang membawa masuk Saiful ke pejabat PKR (Rahimi), saksi pemilik kondominium (Hassanuddin) hingga saksi pengawai penyiasat Anwar (Jude Pereira). Tetapi siapakah Rashid ? Adakah dia juga saksi penting kes liwat Anwar ini ?

Siapa Rashid ?

Ramai tidak kenal siapa Rashid. Tetapi di kalangan inner circle Anwar yang bebas keluar masuk rumah Anwar kenal siapakah Rashid. Wan Azizah kenal. Ezam pun kenal. Rahimi juga kenal. Begitu juga Saiful Bukhari. Azmin kenal juga tetapi tidaklah begitu rapat kerana Rashid lebih dikenali di kalangan yang rapat dengan Wan Azizah. Azmin agak jauh dari Wan Azizah.

Wan Azizah mula kenal siapa Rashid selepas tahun 2004, apabila Anwar dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh. Anwar memperkenalkan kepada Wan Azizah seorang anak muda bernama Rashid yang akan diambil sebagai ‘orang gaji’ merangkap ‘tukang urut’ peribadi Anwar. Wan Azizah hanya diam sahaja, apabila Anwar beriya-iya mengambil Rashid tetapi dalam masa yang sama dia agak curiga kerana Rashid diberi bilik penginapan dan ditempatkan di rumah Wan Azizah, Bukit Damansara, Jalan Setiamurni 1 (rumah lama Wan Azizah).

Ini macam kes Sukma Darmawan, adik angkat Anwar, walaupun Sukma sudah besar panjang dan memiliki pendapatan sendiri, tetapi Anwar beriya-iya menyediakan bilik penginapan kepada adik angkatnya itu. Kes Sukma mula terbongkar pada tahun 1998, apabila dia sendiri mendedahkan bahawa dia bukan sahaja sekadar adik angkat, tetapi juga mangsa homoseksual Anwar dan merangkap bapa ayam yang turut membekalkan rakan-rakan seangkatan dengannya kepada Anwar.

Pelik juga. Sudah tua bangka, Anwar masih ada adik angkat. Lebih pelik lagi, adik angkat Anwar special, disimpan di rumahnya, walhal Anwar mempunyai keluarga sendiri, iaitu isteri dan anak-anaknya.

Kalau wanita lain, mereka tidak mahu kehadiran pihak ketiga di rumahnya. Cukup sekadar suami, anak-anak dan orang gaji. Tetapi Anwar mahukan adik angkatnya tinggal bersama. Wan Azizah terpaksa mengalah, kerana dominasi Anwar sangat tinggi, Anwar yang menentukan segala-galanya.

Sebenarnya Rashid merupakan kenalan baru Anwar. Mereka berkenalan sekitar tahun 1999 hingga 2004, ketika Anwar bergelar banduan di Penjara Sungai Buloh. Rashid juga merupakan salah seorang banduan di penjara yang sama. Mereka berkenalan di sana dan Rashid dikatakan sering mengujungi sel VIP Anwar untuk aktiviti urut mengurut. Memang hobi Anwar suka mengurut dan Rashid telah dilantik sebagai ‘tukang urut’ peribadi Anwar semasa di penjara Sungai Buloh.

Sesiapa yang mempunyai kenalan dengan pegawal penjara, bolehlah bertanya kepada pengawal itu apakah aktiviti-aktiviti para banduan. Salah satu nasihat pengawal penjara yang sering disebut, pastikan anak muda tidak masuk penjara, kerana kalau sudah masuk penjara, mereka akan menjadi ‘mangsa homoseksual’, para banduan lain yang ‘kehausan’ dipisahkan dengan isteri dan wanita masing-masing. Ada di kalangan mereka sudah tiga atau empat tahun dipisahkan dari dunia luar. Ada yang 10 tahun, bagaimanakah mereka mahu melepaskan aktiviti seksual yang menjadi salah satu tabie manusia ?

Anwar bebas, Rashid pun bebas

Pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh apabila dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Anwar untuk mengenepikan tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar (bekas pemandunya) yang telah dijatuh hukuman bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000.

Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah membuktikan Anwar melakukan aktiviti homoseksual.

“We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”

(Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku.

Sebaik sahaja Anwar dibebaskan, dia memohon untuk merawat di Munich dan selepas itu berpindah ke luar negara menjadi pensyarah pelawat di UK dan Amerika Syarikat. Tetapi dalam masa yang sama, dia sering kali berulang-alik dari luar negara ke Malaysia untuk berceramah membantu partinya, PKR.

Dalam ceramah-ceramah Anwar ketika itu, dia sering bercerita pengalamannya di penjara. Dia sering menyebut semasa di penjara, ramai banduan yang takjub kepadanya. Mungkin salah seorangnya adalah Rashid.

Rashid juga bebas selepas tahun 2004. Dia mencari Anwar yang kebetulan telah pulang ke Malaysia. Rashid mengadu masalah sukarnya mendapat pekerjaan kerana bergelar banduan. Anwar bersedia menolongnya dan melantiknya sebagai ‘orang gaji’ aka ‘tukang urut’ peribadi dan diberi tempat penginapan di rumah Anwar.

Tetapi usaha menempatkan Rashid di rumahnya itu tidak disenangi Wan Azizah. Sudah cukup pengalaman berhadapan dengan Sukma Darmawan sebelum ini. Wan Azizah hanya menunggu Anwar berangkat semula ke Amerika Syarikat, tahulah dia bagaimanakah mahu dikerjakan lelaki bernama Rashid itu.

Rashid bebas keluar masuk rumah Anwar apabila Anwar pulang dari luar negara. Wan Azizah tidak berkata apa-apa kerana itu adalah kehendak suaminya. Tetapi apabila Anwar kembali semula ke luar negara, Wan Azizah telah halau Rashid dari rumahnya. Kenapa Wan Azizah menghalau Rashid dari rumahnya menjadi satu misteri sedangkan sebelum ini Anwar telah melantik Rashid sebagai salah seorang ‘orang gaji’ dan diberi tempat penginapan.

Kisah pengusiran Rashid dari rumah Wan Azizah diketahui oleh inner circle Anwar, termasuk Ezam Mohd Nor.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2005-2006. Selepas Wan Azizah halau Rashid, dia tidak tahu ke manakah lelaki itu berada. Selain Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Anwar juga menghantar anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke negara uncle Sam itu. Nurul Izzah juga melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Wan Azizah kirim SMS kepada Ezam

Sekitar awal tahun 2006, berlaku ‘pertembungan’ penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : ’siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah’.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : ’selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?’.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh kepada Wan Azizah iaitu Rashid.

Selasai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.

Kes Saiful meletup, Anwar-Azizah bergaduh besar

Apbila tersebar di kalangan inner circle Anwar bahawa pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat oleh Anwar pada sebelah malamnya berlaku pergaduhan besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana.

Di kalangan inner cirle Anwar tahu mengenai pergaduhan ini. Kes ini berlaku pada pertengahan tahun 2008. Ezam yang ketika itu telah keluar dari PKR juga tahu berkenaan itu kerana disampaikan oleh kawan-kawan terdekatnya yang masih berada dalam PKR.

Dalam pergaduhan itu, nama Rashid juga disebut. Ketika itu barulah Wan Azizah tahu, bahawa Anwar telah mengambil semula Rashid bekerja dengan Anwar secara diam-diam. Walaupun pada hakikatnya, Rashid telah dipecat dan dihalau dari rumah Azizah, tetapi Anwar tetap mengambilnya semula dan diletakkan di tempat lain yang tidak diketahui Azizah.

Pergaduhan itu menyebabkan Anwar mengambil keputusan untuk bersembunyi di kedutaan asing, manakala Azizah pula nekad untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebenarnya rahsia sebenar peranan Rashid ini bakal diketahui selepas 25 Januari ini, selepas Rashid dipanggil menjadi saksi bagi pihak pendakwa. Itu pun kalau kes itu dapat dijalankan mengikut jadual, tetapi berdasarkan reaksi terkini Anwar, dia tidak begitu gembira jika kes ini diteruskan dan tidak sesekali membenarkan Rashid masuk ke kandang saksi untuk bercerita secara terperinci peranan dan kisah-kisah di sebalik tabirnya, termasuk peranannya di penjara Sungai Buloh.

Itulah manusia yang digeruni Anwar dan Azizah. Lelaki bernama Rashid.

Hasil Kajian Cyber1Trooper

Published in:  on February 8, 2010 at 4:57 pm Comments (1)

YB Datuk Mukhriz Mahathir on matters near and far

In the first of a five part interview, the deputy minister of International Trade and Industry talks financial crisis, China and the country’s future.

Mukhriz Mahathir(AP File Photo)

AP File Photo

On his new post…
It has been a very steep learning curve. Before as an MP, I was supposed to bring up difficult issues in Parliament; one of the things I used to harp on was FTAs (Free Trade Agreements). Now I’m on the other side where I have to actually respond, so it has not been easy, but it is a very interesting, very challenging ministry. To be able to contribute directly to the economic wellbeing of the country is a real privilege.

The other thing that I find is that I have to read a lot. From day one, the media expected me to know every bit about everything. It’s been tough when they shoot me some really difficult questions (and) I’ve found myself trying to wing it, (but)I’m not allowed to do that actually because now I’m speaking for the ministry, I’m speaking for the government; I’m not speaking for myself.

On the global financial crisis…
We’ve been lucky in that we were somewhat insulated, due to the first experience we had in ‘97/’98, during the Asian crisis. The lesson we learned then was that we had too many banks – 30 at the time. So, to avoid a bloodbath, the government imposed on this 30, to start merging. Eventually we ended up with only 9 banks. We’ve built up again, so we now have about 17 but still, it’s a far cry from the 30 we used to have. Financial governance has tightened.

I think that has helped us avoid some of the pitfalls of speculative type of lending. We were not at all exposed to the sub-prime crisis in the US, unlike some of our neighbouring countries. Due to that, we were affected only to a limited extent.

Out of 190 or so countries, we’re the 19th largest trading country in the world. We were impacted, of course, by the slowdown in global trade. January was the worst month for us. Fortunately, it was not only the two stimulus packages that we launched that helped float the economy again. Interestingly enough, the stimulus package in China helped us directly, in that orders coming from China picked up, around the end of the second quarter. Factories in Penang and Johor started getting orders; some had to even re-hire some of their old employees. We are slowly picking up the pace, so the worst is over.

On pushing our potential…
For a long while, the economy has worked on enlarging the middle class and to a large extent we have succeeded in doing that. But it’s been sort of five (or) six years now (and) we haven’t really grown. It’s what we call an ‘upper-middle-income trap’ – incomes have not been appreciating and on the other hand, the cost of living is coming up. We can’t seem to push the envelope, so that we can move from an upper-middle-income to a high-income economy.

We desperately need to do this, because we can’t promote ourselves or market Malaysia as a low cost producer, as we have China and India right next door (and) we can’t stay at middle-income, because we’ve got Indonesia and Vietnam also nipping at our heels. We definitely need to move up and find a new niche. The PM says that in order to do this, we need to be more innovative and more creative. We have to focus on higher value added industries and I think that it is a matter of survival for us to do this.

On Vision 2020…
If you listen to what the PM said, he said that if we dropped to 6% (annual rate of growth) for the next 10 years, the targets of 2020 will only be achieved in 2030. Having said that, to achieve 8% every year (the rate needed to be on course for 2020), for the next 10 years, is not going to be simple. It’s going to take some really extraordinary measures to attract the kind of FDIs that’s going to help us achieve 8%.

It’s not the same as it was in the ’80s. At that time Malaysia was seen as the darling for investors in this region. We didn’t really have China and India competing in the same space, let alone Indonesia and Vietnam. Now, we’re just one among many and the other guys seem to be very attractive, in terms of incentives and future potential. They have huge domestic market(s), which we don’t. So we’re up against some stiff competition. I’m not saying it’s impossible, but we really have to put every resource together.

On China…
I think our economy is intertwined with China’s. We can’t help that. We’ve been trading with China for hundreds of years already and interestingly enough, they never felt compelled to invade us, in those hundreds of years (laughs) – unlike some other Western nations.

They consume anything and everything you can produce, especially raw materials. In our case it’s palm oil, rubber, gas and petroleum products. One of the (other) big exports we have from here to them (is) electronic components. China-made products commonly consist of some Malaysian made components, especially computers. We definitely need to intensify the trade that we have with them. They are beginning to invest in Malaysia. I think there is a lot more potential there.

I’m in the midst of attracting a couple of Chinese private companies, which are of a considerable size, to invest here. The government has basically committed to approve a banking licence for a large Chinese bank to facilitate trade and investment as well. So I think that’s going to be really good for us.

Source: MSN News

Published in:  on February 2, 2010 at 11:59 am Leave a Comment

Rancangan Jahat Anwar Menjelang Hari Perbicaraan!!!

Saya baru dikhabarkan oleh seorang sahabat dari PKR bahawa malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bicara kes LIWAT Anwar dijalankan.

Yang mempengerusikan mesyuarat ini adalah Datin Seri Wan Azizah sendiri dan di antara orang yang hadir adalah Shamsul Iskandar, berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dibuat sepanjang perbicaraan ini berlangsung:

1.Esok Karpal Singh akan memohon supaya Dato Seri Najib dan Datin Seri Rismah disapina sebagai saksi ke dalam kes Liwat ini (apa kena mengena mereka berdua dalam kes ini?)

2.Esok mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk membuat kacau bilau, bukan rakyat tetapi orang-orang upahan mereka yang akan membuatnya, tujuan mereka supaya mereka boleh memancing polis, bila berlaku kekasaran dan ini sekaligus akan membuat orang ramai simpati kerana polis bertindak ganas!

3. Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai ‘field commander’! Esok misi provokasi pertama menentang polis akan dimulakan! Ini baru permulaan, mereka akan menggunakan lebih ramai orang lagi supaya ianya nampak lebih gah! Mereka juga akan mengadakan pelbagai jenis perhimpunan sepanjang perbicaraan kes ini!

Maka pesan saya kepada sesiapa yang patut, berhati-hatilah, musuh dalam negara ini sudah diaturkan untuk menggunakan taktik jahat, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini!

Saya minta jasa baik rakan bloggers semua supaya edarkan artikel ini tak kira dalam FB atau Twitter atau mana-mana saja, suapay kita tidak tertipu dengan mainan mereka ini lagi!

Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok!

SAMA RATA SAMA RASA, DEPAN BELAKANG SAMA SAJA!

Published in:  on at 7:00 am Leave a Comment

KHAIRY JAMALUDDIN WAJIB MELETAKKAN JAWATANNYA!

Setelah sekian lama, kita melihat pelbagai gelagat kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh pemimpin muda kita untuk diberikan perhatian sebagi pemimpin yang ulung dan berwibawa dengan membawa vision untuk memajukan bangsa melayu dan memakmurkan negara ini dipersada dunia.

Khairy Jamaluddin adalah salah seorang daripadanya yang telah difokuskan dan melonjak naik diatas tiket “akulah menantu Pak Lah” yang mempunyai kuasa diatas segalanya. Kita telah melihat percaturan yang telah dibuat olehnya melalui pelbagai perkara yang melibatkan semua aspek, sehingga kita telah melupakan bahawa di Malaysia masih mempunyai pemimpin yang lebih baik daripadanya.

Kita juga telah di melihat bagimana angkuhnya pengikut khary sehinggakan pemimpin bertaraf Menteri besar pun “Kecut Telur” dan sanggup membelakangkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohamad didalam pemilihan perwakilan persidangan Umno beberapa tahun lalu.

Setelah mencari, artikel didalam blog blog pada tahun tahun kebelakangan ini saya rasa inilah sebabnya yang perlu diketahui oleh pengikutnya:

Pautan artikel Klik disini

Terlalu banyak sebab mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Diantaranya ialah:

1) Kita jangan menjadi Melayu yang mudah lupa. Tun Dr. Mahathir pernah menulis sajak yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa” untuk mengingatkan orang-orang Melayu betapa pentingnya menjadi sebuah bangsa yang “tidak mudah lupa” untuk terus maju kehadapan. Apakah kita terlupa bahawa Khairy Jamaluddin, sewaktu menjadi menantu kepada Perdana Menteri kelima Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang menghantar terus passport milik PENGKHIANAT BANGSA, Anwar Ibrahim kerumahnya sebelum beliau berubat ke negara Jerman. Persoalannya, apakah kena mengena Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim sehingga layanan kelas pertama diberikan kepada pembelot UMNO itu?

2) Isu penghantaran passport adalah bukti Khairy Jamaluddin adalah “orang” kepada Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang bertujuan untuk mensabotaj dan menggagalkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

3) Siapakah yang membantu Anwar Ibrahim melalui Raja Petra Kamarudin, Editor Malaysia Today untuk terus memfitnah dan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya kalau bukan Khairy Jamaluddin?

4) Semasa menikmati kekuasaan sebagai menantu kepada PM Abdullah Badawi , isu Altantuya sememangnya digunakan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Akan tetapi, oleh kerana tidak mendapat kerjasama daripada pasukan polis, usaha jahat beliau gagal.

5) Apakah kita mudah lupa bahawa Khairy Jamaluddin telah disabitkan dengan kesalahan “politik wang” semasa bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO? Dia lepas dan dapat bertanding hanya kerana pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Presiden UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO menghormati Pak Lah dan membiarkan beiau bertanding.

6) Jika Khairy Jamaluddin masuk kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, maka mudahlah beliau untuk “membocorkan” keputusan mesyuarat kabinet kepada “idola”nya Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang.

7) Apabila Perasuah seperti Khairy Jamaluddin dilantik bagi menganggotai kabinet, usaha Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan kerajaan akan menjadi sia-sia oleh kerana perasuah seperti KJ berada didalam kabinet.

8.Khairy yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai Ketua Pemuda UMNO jika dilantik kedalam kabinet akan menyebabkan kementerian yang dijaga menjadi lemah. Dengan ini, kemnterian lemah dan Pemuda UMNO lemah. Jika Khairy tidak dilantik, hanya Pemuda UMNO yang lemah dan perkara ini boleh diselesaikan dengan menggantikan Ketua Pemuda UMNO atau melantik Datuk Razali menjadi Pemangku sebelum pemilihan yang akan datang.

9) Dengan Khairy sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, “anjing-anjing TINGKAT EMPAT” yang telah dikeluarkan dari mengganggu pentadbiran negara akan kembali semula. Mula-mula masuk ke kementerian KJ, kemudia meresap ke kementerian lain.

10) Masuknya Khairy kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan UMNO berpecah lagi. Ramai ahli-ahli UMNO yang bagus akan meninggalkan parti Melayu ini oleh kerana tidak tahan dengan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.

Saya berbangga kerana kini telah mempunyai banyak blog yang bersatu dalam isu ini. Kita mesti terus mendesak agar Khairy Jamaluddin yang telah menyebabkan UMNO hampir hilang kuasa pada pilihanraya umum lalu tidak akan diterima untuk masuk kedalam kabinet.

Hanya desakan dan penyatuan yang boleh menyebabkan kita berjaya.

Jangan kita lupa bahawa insan yang bernama Khairy Jamaluddin ini sedang menghancurkan UMNO dari dalam. Jangan kita biarkan beliau bekerja dengan mudah. Kita harus bersatu untuk menyingkirnya!

rmf7

Published in:  on January 31, 2010 at 11:00 am Leave a Comment

Apa lagi yang tinggal untuk kita? Mesti Baca

(Perhatian: Artikel ini tidak dapat disiarkan oleh akhbar pada 10 Januari 2010, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, seperti biasa artikel seterusnya akan menyusul Ahad ini)

Saya terpanggil untuk menulis mengenai polemik kalimah Allah yang telah diputuskan oleh mahkamah yang berpihak kepada Kristian Katolik baru-baru ini. Penulisan yang menyokong keputusan mahkamah memenuhi setiap ruang laman-laman web ultra kiasu tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam.

Begitulah wajah sebenarnya mereka yang selalu menuduh media lain tidak betul, siapakah sebenarnya yang betul? Kumpulan ini tidak pernah bersyukur, malah semakin berani menunjukkan belangnya.

Saya tidak menafikan hak agama lain untuk menggunakan kalimah Allah, sekurang-kurangnya kalimah ini menjadi sebutan mereka, manalah tahu suatu hari ini merekapun turut ikut bersunat. Namun, saya amat musykil, tetapi kenapa baru sekarang menjadi isu besar? Apakah tujuan di sebaliknya? Siapakah sasaran mereka? Sebagai umat Islam kita perlu memahami isu ini.

Bagi mereka yang tidak menyertai NGO, mungkin mereka tidak berapa nampak niat mereka yang sebenar. Tetapi bagi kami yang selalu berdamping dengan NGO, kami sudah masak dengan teknik dan taktik mereka ini. Mereka tidak akan berhenti untuk menuntut sehingga cita-cita mereka tercapai.

Mereka akan menuntut semaksima mungkin, walaupun nampak seolah-olah tuntutan tersebut amat ekstrim. Mereka tahu, jika kerajaan tidak memenuhi kesemuanya, sekurang-kurangnya kerajaan akan memberi sebahagian. Sebahagian itu adalah kemenangan besar kepada mereka.

Dengan sebab itu, kerja mereka hari ini ialah menuntut dan mendesak, apatah lagi ketika umat Islam dilanda perpecahan yang begitu melemahkan. Saya tidak fikir mereka sebegitu berani jika umat Islam bersatu. Sejarah menunjukkan bahawa apabila sesebuah bangsa itu kuat, biasanya ia akan digeruni.

Rakan-rakan facebook saya mengadu, ada kalangan orang Melayu Islam telah keluar daripada Islam dan menganut agama lain. Kumpulan ini begitu aktif menjalankan kerja dakwah mereka walaupun mereka tahu ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Hal yang sama pernah berlaku kepada Siti Hasnah Vengarama atau Banggarma Subramaniam baru-baru ini. Kita begitu hairan kenapa orang bukan Islam begitu berani ‘menikahkan’ Banggarma dengan lelaki bukan Islam yang ternyata bertentangan dengan perlembagaan dan salah di sisi undang-undang.

Walaupun Banggarma mengatakan bahawa dia sudah tidak Islam lagi, tetapi beliau masih tertakluk kepada undang-undang syariah, tidak kiralah sama ada dia beramal dengan Islam ataupun tidak. Mereka yang bertanggungjawab menikahkan beliau, sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa agama, sebagai tanda penghormatan ke atas agama Islam. Ironinya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam. Tidakkah ini dinamakan toleransi?

Saya masih ingat, apabila isu ini disensasikan, belum apa-apa lagi kita lihat reaksi Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Mahkamah Syariah membenarkan Banggarma menganut agama Hindu dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah.

Paderi Kristian selaku presiden MCCBCHST berpendapat, murtad itu sah kerana menganut agama Islam pada masa kecil sahaja dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Paderi tersebut mendesak agar memberikannya kebebasan memilih agama kerana ia berumur lebih 21 tahun. Mahkamah Syariah dikatakan tidak layak kerana tidak mempunyai bidang kuasa ke atas ‘mereka yang tidak mengamalkan agama Islam’.

Persoalan saya, siapakah paderi tersebut untuk mengatakan sama ada Mahkamah Syariah layak atau tidak mengadili kes ini. Janganlah bertindak seperti hakim. Kita harus bersifat professional dan bukan beremosi serta bersentimen. Hormatilah kedudukan Islam selaku agama persekutuan. Ini tidak, belumpun perkara ini dibawa ke mahkamah, mereka sudah menjadi hakim. Saya amat bimbang jika wujud hakim seperti ini dalam mahkamah.

Berbalik kepada kes kalimah Allah ini, semua badan NGO bukan Islam bersatu hati mahukan kita menghormati keputusan mahkamah. Ironinya, bila keputusan menyebelahi bukan Islam, kita disuruh menghormati mahkamah dan keputusan itu adalah keputusan yang adil, tetapi bila keputusan menyebelahi orang Islam, kita kata mahkamah berat sebelah dan telah dipengaruhi tangan-tangan tertentu. Adakah tindakan ini wajar? Kenapa kita tidak bertindak secara profesional?

Apa jua alasan kita mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, mudarat dan sakitnya lebih dirasai oleh umat Islam. Sepanjang pengamatan saya, di negara-negara barat majoriti Kristian, kalimah Allah tidak pernah digunakan sama sekali, sama ada digereja-gereja mahupun percakapan harian. Malah dalam filem-filem merekapun, saya tidak pernah menonton atau mendengar kalimah Allah digunakan.

Tidak dinafikan bahawa kalimah Allah telah digunakan di Indonesia dan beberapa negara Arab yang lain. Begitu juga di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, adakah ia bermakna negeri lain perlu terikut sama?

Saya cukup hairan kenapa kita harus melayan tuntutan Kristian di Semenanjung yang hanya berjumlah kurang dari 9 peratus, berbanding dengan agama lain yang lebih dari itu. Seperti yang saya sebut sebelum ini, walaupun mereka sedikit, publisiti mereka sehingga menenggelamkan agama yang lain. Sedangkan kita tahu dari segi hak, mereka yang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme mempunyai lebih sedikit hak, sebab mereka ada 22 peratus.

Pada saya, apapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama Allah, perlu ada pertimbangan antara mudarat dan sensitiviti umat Islam serta kesesuaiannya dengan perlembagaan negara kita. Bukanlah bermakna kita takut dengan dakyah Kristian, tetapi berpada-padalah dengan kedudukan mereka yang hanya 9 peratus.

Kementerian Dalam Negeri dan Majlis agama Islam negeri mesti bertindak tegas ke atas mereka tanpa kompromi jika adalah risalah yang cuba untuk mengelirukan umat Islam. Perkara ini amat penting bagi menghindarkan mudarat lebih besar yang boleh menimpa orang awam Islam yang agak lemah dan mengelakkan konflik.

Justifikasi beberapa cendekiawan dan pertubuhan Islam yang tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan mereka, agak berat juga untuk diterima. Alasan mereka, “umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik.

Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah”. Benarkah begitu? Mereka seolah-olah mendakwa Allah ‘membenarkan’ namaNYA digunakan oleh bukan Islam bagi merujuk kepada Tuhan Bapa, Jesus, dan segala sembahan yang bathil dan syirik itu.

Selaku bekas penganut Kristian bersama-sama beberapa rakan lain, kami tahu benar bagaimana orang Kristian bekerja. Cuma, saya ingin mengingatkan umat Islam supaya lebih berwaspada dan berhati-hati. Kalimah Allah ini merupakan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu ketika dahulu. Walaupun IFC belum berjaya ditubuhkan, mereka berselindung di bawah MCCBCHST. Boleh dikatakan hampir kesemua 14 tuntutan yang mereka kemukakan telah berjaya dipenuhi. Tuntutan ini ternyata menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Antara tuntutan mereka adalah, pertama: seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Keempat, tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

Kelima, orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Keenam, seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Ketujuh, orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. Kelapan, kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

Kesembilan, orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. Kesepuluh, bibel dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. Keduabelas, program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan ketigabelas: orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam dan akhirnya, sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Persoalan saya, hampir kesemua tuntutan telah tercapai, tidak cukupkah lagi toleransi yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan umat Islam hari ini? Pada saya, kita sudah terlebih memberi, atas dasar demokrasi dan takut kepada ugutan mereka. Inilah kelemahan kita yang menyebabkan orang lain berani memijak kepala.

Toleransi umat Islam telah sampai ke tahap yang cukup tinggi. Seingat saya, umat Islam tidak pernah atau amat jarang campurtangan dalam hal ehwal agama bukan Islam. Apatah lagi untuk mengganggu-gugat istilah agama mereka seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh prinsip kita yang menghormati agama lain.

Justeru, adakah salah kita ingin mempertahankan sedikit yang masih ada? Jika sedikit ini terus mahu diambil dan dikongsi, apakah yang masih tinggal pada umat Islam di buminya sendiri? Justeru, tindakan kerajaan melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam.

Ia perlu disokong oleh semua umat Islam tanpa berbelah bahagi. Pada masa sama janganlah bertindak di luar batasan agama seperti membakar gereja, itu sudah ekstrim namanya. Jika berlaku peperangan sekalipun, Islam tidak membenarkan kita meroboh atau memusnahkan rumah ibadat mereka.

Begitulah indahnya Islam. Pun begitu, kita masih belum tahu siapakah sebenarnya yang membakar gereja? Mungkin orang Islam? Mungkin tidak? Atau mungkin juga orang bukan Islam yang mahu menangguh di air yang keruh? Pokoknya, jangan mudah menuding jari dengan mengatakan orang Islam yang buat.

Apa yang berlaku pada hari ini ialah kita hanya mempertahankan kalimah Allah untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Syarat-syarat ketat hendaklah dikenakan sekiranya kalimah ini ingin digunakan. Kuasa yang ada dalam perlembagaan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan dan menyelamatkan maruah agama tercinta ini.

Saya dengan penuh takzim menyembah ke bawah duli Tuanku, Majlis Raja-Raja Melayu untuk campurtangan menyelamatkan kesucian Islam daripada dicemari oleh tangan-tangan yang cuba mengotori kesucian ad-deen ini. Ambillah pengajaran yang berlaku ini untuk kita bangkit kembali menjadi aktif serta proaktif, dan bukannya action-oriented. Bila sudah berlaku barulah kelam-kabut. Tidakkah kita perlu sentiasa bersedia dan beristiqamah mempertahankan maruah agama mulia ini dan bukannya bermusim? Semoga Islam akan terus menyinar dan bersinar.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Published in:  on January 18, 2010 at 9:09 pm Leave a Comment

PESANAN DARI TUN DR M DAN PRIBUMI PERKASA UNTUK RAKYAT MALAYSIA!

1. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menasihati rakyat supaya bertenang berikutan insiden membaling bom api di empat gereja sekitar Kuala Lumpur dan tidak bertindak melakukan perbuatan di luar kawalan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau berkata, lebih mudah untuk mengawal golongan sofistikated, berpendidikan dan bersikap terbuka dalam perkara yang membabitkan sentimen keagamaan tetapi bukan mereka yang “dikatakan” kurang berpendidikan dan tidak rasional.

“Satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini adalah untuk bertenang, tetapi bagaimana anda boleh beri jaminan bahawa mereka yang kurang berpendidikan akan turut akur dan bertenang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Keluarga Proton 2010 yang diadakan sempena ulang tahun ke-25 Proton di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, lebih baik untuk membincangkan isu sensitif seperti isu keagamaan secara tertutup dan tidak terlalu brsikap ghairah dengan mengadakan perhimpunan awam dan demonstrasi.

“Di negara ini, isu sensitif tertentu perlu diselesaikan secara tertutup tetapi apabila ada peristiwa umum dengan mahkamah membuat keputusan, maka sesetengah pihak mungkin berasa gembira dan ada juga yang tidak gembira… saya berasa tidak gembira,” katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember yang membenarkan Gereja Roman Katolik di Malaysia menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguannya, Herald.

Mengenai gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang meminta penerbitan media supaya tidak memainkan isu perkauman dalam penerbitan mereka, Dr Mahathir berkata pengamal media perlu lebih matang untuk tidak memainkan isu seperti itu.

Beliau turut menggesa masyarakat Malaysia supaya tidak dipaksa bersetuju dengan pandangan terbuka berhubung isu sensitif tertentu yang diterima dan diamalkan oleh beberapa negara maju.

“Kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai agama, pelbagai ekonomi, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa… kita tidak seharusnya dipaksa bersetuju dengan apa yang dikatakan peradaban dan pandangan terbuka negara maju.

“Kita telah pun muncul sebagai sebuah negara maju dalam acuan kita sendiri dan ini tidak bermakna bersikap terlalu bebas sehingga mula berjalan ke sana sini tanpa berpakaian dan sebagainya. Itu adalah cara mereka (negara maju) yang menganggapkan diri mereka maju dan bukannya kita,” katanya.

2.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan serangan terhadap tiga gereja beberapa hari yang lepas adalah perbuatan pihak tertentu untuk mensabotaj umat Islam dan ekonomi negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kejadian itu seakan-akan dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katholik selepas solat Jumaat minggu lepas.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak cepat membuat kesimpulan menuduh ia perbuatan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.

“Perkasa tidak menolak kemungkinan ia adalah kaedah ‘psikologi balikan’ untuk memburukkan orang Islam dan pada masa sama meruntuhkan ekonomi negara.

“Cuba kita lihat kebetulan yang ada, sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi, ada pula pihak yang bertindak membakar gereja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Minggu lepas, Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.

Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa membuat siasatan dan menyokong penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.

“Jika siasatan mendapati orang Islam terlibat dalam kejadian itu, ia hanya melibatkan individu yang tidak mewakili keseluruhan umat Islam yang cintakan kedamaian,” ujarnya.

Beliau berkata, Perkasa mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan itu walau apa pun alasannya.

Katanya, ia merupakan perbuatan orang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab.

“Memang Perkasa konsisten membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun perjuangan kami melalui cara yang aman, bukannya kekerasan,” katanya.

Sumber asal tidak diketahui tapi dipetik dari Malaysia Instinct

Published in:  on January 13, 2010 at 4:28 pm Leave a Comment

Siapa yang hati busuk sebenarnya Zaid Ibrahim? Mesti Baca!

DIS 23 — Dari tajuk diatas pastinya anda dapat mengagak yang penulisan kali ini adalah mengenai tindakan orang kuat Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim menyaman blogger Datuk A. Kadir Jasin. Ini merupakan tindakan yang agak mengejutkan terutama apabila Zaid cukup dikenali sebagai pemimpin yang cukup lantang memperjuangkan kebebasan bersuara sehingga dia melepaskan jawatan menteri kerana mempertahankan prinsip berkenaan. Namun kini, apabila beliau sendiri dikritik lain pulak dapat kita lihat kerenahnya, saya bukan hendak menafikan hak Zaid untuk menyaman akan tetapi saya cuma ketengahkan adalah percanggahan antara apa yang Zaid perjuangkan dan tindakanya.

Ini penting untuk kita ambil kira kerana ahli politik memang pandai berjanji dan berkata-kata dalam ceramah. Namun kadang-kadang apa yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan dan salah satu pengukur integriti seseorang ahli politik itu ialah dengan mengotakan dan menunaikan berdasarkan apa yang diperkatakan dalam ceramah dan sebagainya. Namun sebelum itu lebih baik kita memahami dahulu apa yang dimaksudkan sebagai “kebebasan bersuara”.

Takrifan

Kebebasan bersuara bererti hak seseorang individu itu menyuarakan pendapat, pandangan atau berbicara mengenai apa-apa tajuk tanpa sebarang halangan atau sekaran. Itulah dia kebebasan bersuara dalam erti kata sepenuhnya. Namun dapat kita lihat jarang adanya negara-negara yang mengamalkan takrifan ini dalam erti kata sepenuhnya dan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dalam perundangan di negara berkenaan. Sebagai contoh adalah menjadi satu kesalah untuk mempersoalkan Holocaust atau pembunuhan Yahudi beramai-ramai di Austria dan tidak lupa juga di negara kita yang mempunyai beberapa akta dan perundangan yang mengehadkan kebebasan bersuara seseorang itu seperti ISA dan akta hasutan. Itu saya akui, sebagai orang Umno memang tidak guna saya nafikan yang nyata bahawa negara kita tidaklah mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak.

Namun jangan terkeliru pula antara kebebasan bersuara dengan kebebasan memfitnah. Banyak kita rakyat Malaysia terkeliru antara kebebasan untuk menyatakan pendapat dengan kebebasan untuk menuduh dan membuat kenyataan palsu tanpa sebarang bukti dan hanya untuk berniat menjatuhkan maruah, integriti dan kepercayaan orang ramai terhadap individu tertentu.

Saya beri contoh mudah.

Kebebasan Bersuara — mempersoalkan adakah wajar kerajaan menjalankan Operasi Lalang pada tahun 1989 yang mana pada pendapat anda ianya menindas demokrasi, itu hak anda untuk menyoal dan tidak bersetuju.

Kebebasan Memfitnah — Menyatakan Datuk Seri Najib Razak menghunus keris dan hendak bermandikan darah orang Cina di dalam satu ucapan umum tanpa sebarang rujukan tempat, masa dan tarikh atau mana-mana rekod dari segi tulisan, laporan atau rakaman.

Kebebasan bersuara bererti kita berhak untuk menyatakan apa yang kita mahu, akan tetapi kita juga perlu bertanggungjawab dengan apa-apa kenyataan yang kita keluarkan. Sesungguhnya pepatah melayu ada mengatakan “kata itu kota” dan bagi seseorang ahli politik itu kata-katanya adalah kayu pengukur dirinya sendiri.

Beza Fitnah dan Kritikan

Dalam penulisannya Kadir menyamakan Zaid sama seperti watak kartun Hurricane Hattie, ini kerana pada pendapatnya Zaid sama seperti watak kartun berkenaan sering menimbulkan huru hara di mana sahaja dia berada. Kemudian diikuti dengan pandangan dan analisis beliau tentang apa yang berlaku dalam PKR sejak Zaid menyertainya dari hal Sabah sehinggalah ke pergeseran dengan Azmin Ali.

Jadi sekarang yang membuatkan saya keliru ialah bukankah penulisan dari Kadir adalah lebih kepada kritikan dari sebuah tomahan. Zaid telah pun menjawab berberapa perkara yang berbangkit dalam satu artikel yang berjudul “Kalau Hati dah Busuk” dan mendapat sambutan hangat di The Malaysian Insider. Bukankah itu sudah cukup, menunjukan sebuah aktiviti demokratik yang menyihatkan yang mana Zaid secara pro aktif menjawab kiritikan Kadir. Mengapa perlu disaman? Adakah Zaid tidak boleh menerima kritikan langsung?

Memang tidak salah untuk Zaid menyaman, akan tetapi ini yang menimbulkan persoalan ialah dia selaku seorang ahli politik yang konon memperjuangkan kebebasan bersuara, yang dengan teguh dan berani menyokong bersama-sama hak Raja Petra Kamarudin untuk menulis mengenai Perdana Menteri terus melatah macam kera makan cili menyaman kerana ada seorang blogger mengkritik beliau? Itu baru sahaja menyamakan Zaid dengan watak kartun. Belum lagi kalau-kalau ada blogger yang memfitnah konon dia ada hubungan sulit dengan wanita asing? Ataupun mana-mana blogger yang menuduh yang isterinya seorang pembunuh? Atau konon dianya mempunyai harta berkoyan-koyan datang dari khabar angin yang tidak berasas. Jadi adakah kini, bolehkah saya percaya yang Zaid ini yang baru sahaja dikritik sedikit sudah melompat pada masa yang sama akan mempertahankan hak kebebasan bersuara ketika dia berkuasa kelak?

Antara Prinsip dan Lalang

Prinsip merupakan asas kepada tindakan dan halatuju seseorang itu dalam kehidupan. Bagi seseorang ahli politik itu prinsip adalah asas kepada pejuanganya, sama ada dia membuat satu keputusan yang betul atau tersasar bolehlah kita merujuk kepada asas pejuanganya. Prinsip bukan sesuatu yang kita boleh mengubah sewenang-wenangnya, kalau ianya begitu maka prinsip kita tidak mempunyai nilai. Apabila kita mengatakan yang kita berpegang kepada sesuatu prinsip maka kita hendak hendaklah teguh melaksanakanya bukan hanya ketika ianya ketika senang atau popular sahaja dan lepas tangan dan berubah ketika ianya tidak menguntungkan.

If we don’t believe in freedom of expression for people we despise, we don’t believe in it at all. — Noam Chomsky

Kadang-kadang saya rasa cukup musykil dengan prinsip Zaid itu sendiri. Dikatakan cukup anti dengan ISA dan berjuang demi kebebasan akan tetapi tangkas menyaman kerana tidak tahan dikritik. Mengejek Kadir konon menjadi budak upahan Umno dan pencacai kepada bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi pada masa yang sama dia dulu merupakan Ketua Pencacai Umno Bahagian Kota Bahru sewaktu pemerintahan Dr Mahathir. Mengapa boleh pulak dia berjuang mengenai kebebasan ketika di bawah pemerintahan “diktator” ini? Adakah kerana ketika itu dia masih lagi rakan kongsi dalam ZICO? Saya bukan menuduh apa-apa cuma iyelah terfikir sejenak takut-takut nanti disaman pulak.

Memang kadang-kadang saya terfikir mana Zaid ketika tahun 1998 dahulu, almaklumlah tiba-tiba masuk dalam PKR terus menjadi orang besar tanpa melalui pahit perit perjuangan parti. Tapi saya bukan ahli PKR jadi itu bukanlah masaalah saya, ye lah mungkin dia sudah berubah. Mungkinlah kot.

Lain Padang Lain Belalang.

Menjawab bukan Mendiamkan Pengkritik

Apabila seseorang itu disaman maka kebebasan seseorang itu untuk menulis atau mengkritik itu dihadkan oleh undang-undang yang diikat oleh mahkamah. Oleh kerana sesuatu kes itu dalam perbicaraan maka mahkamah tidak membernarkan isu itu diulas sehingga kes berkenaan selesai. Taktik ini sering digunakan oleh Syarikat-syarikat besar yang ingin mendiamkan pengkiritik mereka denga menggunakan kaedah saman yang membabitkan kos tinggi. Cara yang sama digunkana oleh anak beranak Lee di Singapura untuk mendiamkan JB Jeyaratnem di Singapura. Tindakan ini walaupun sah di sisi undang-undang adalah amat tidak wajar untuk diambil terutama oleh seorang ahli politik yang asas perjuanganya adalah kebebasan bersuara.

The Malaysian Insider pernah beberapa kali mengritik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di dalam siri editorial mereka dan pada masa yang sama memberi peluang untuk ahli politik ini menjawab persoalan mereka dengan menyiarkan jawapan balas Khairy. Oleh itu tindakan Zaid yang pada mulanya menjawab kritikan Kadir adalah sesuatu yang baik dan mendapat sokongan ramai terutama dari pembaca TMI. Itulah dia sepatutnya yang dilakukan oleh seseorang ahli politik, iaitu menjawab kritikan dan bukan mendiamkan pengkritik.

Zaid ada menulis:

“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan Umno yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.”

Nampak gayanyalah, walaupun telah menjawab dan mendapat sokongan hangat dari penyokong nampaknya Zaid masih lagi tidak berpuas hati.

Nampak macam Zaid tak dapat tidur nyenyak je?

Dah jawab, dah kutuk dan penyokong anda pun kuat memarahi si blogger berkenaan pun masih tak puas hati lagi?

Takkan baru kena kritik sikit pun dah bukan main berang.

Siapa yang hati busuk sebenarnya ni?

P/S: Kalau nak panggil saya penulis upahan Umno panggilah, tapi percayalah Umno langsung tidak membayar saya satu sen pun untuk menulis artikel ini samalah seperti Kadir. Sesungguhnya saya sangat mengalu-alukan wang upahan tambahan dari Umno untuk penulisan saya ini kerana saya memang bercadang nak beli Blackberry. Nasib baik The Malaysian Insider sanggup mengupah saya sebagai pengarang kolum.

Petikan dari Malaysian Insider hasil nukilan Zaidel B aka Sinatra Z!

Published in:  on December 23, 2009 at 12:52 pm Comments (1)

DAP MEMANG BERTERASKAN KOMUNIS! MESTI BACA!

Ingatan demi ingatan telah saya ajukan akan bahayanya golongan ultra kiasu, tetapi kita terus memberi muka. Sedangkan mereka tidak pernah serik dan mengambil pengajaran. Sejak dahulu lagi ultra kiasu ini membangkitkan isu-isu sensitif dan menentang apa juga perkara yang menyebelahi bangsa Melayu dan Islam di bumi Melayu ini walaupun hak-hak ini dijamin dalam perlembagaan. Pada mereka, semua rakyat Malaysia mesti berpegang kepada formula sama rata dan sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Mereka tidak mahu langsung melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan Melayu Islam seperti mahukan bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, negara Islam kepada negara sekular, ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat dan sebagainya. Apakah ultra kiasu akan bersetuju dengan ketuanan Islam yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya PAS? Mungkin PAS boleh bertanya ultra kiasu itu yang menjadi rakan baiknya.

Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara ‘tuan’ dengan ‘hamba’ sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, masakan penguasaan ekonomi bukan Melayu begitu jauh meninggalkan orang Melayu Islam. Lihat sahaja senarai 10 jutawan terkaya di negara ini. Siapakah mereka? Jika ada ketuanan Melayu sudah pasti akan ada beberapa muka-muka Melayu. Jika orang Melayu itu tuan, sudah tentu mereka akan menyekat ‘hamba-hamba’ ini untuk berjaya, tetapi adakah ia sebenarnya berlaku? Inilah bahaya bila ada sifat kiasu yang terlalu ultra? Kini mereka begitu berani mempertikaikan peruntukan atau dana-dana yang disediakan untuk pembangunan Islam oleh kerajaan termasuk pembinaan dan pembiayaan masjid, yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan Islam. Malah dana zakat turut mahu diambil. Saya terlalu ingin melihat apakah respon Tok Guru dan PAS terhadap kenyataan amat biadab ini.

Sebenarnya isu ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong mereka. Mereka mahu pastikan agar penyokong-penyokong parti ultra kiasu ini sentiasa berjaga-jaga dan dikejutkan agar tidak leka. Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura yang begitu agresif dengan kempen-kempen dan ingatan kepada rakyat mereka agar sentiasa berhati-hati dengan musuh yang sebenar iaitu negara-negara di sekelilingnya seperti Malaysia dan Indonesia. Parti ultra kiasu faham benar akan taktik ini kerana mereka adalah daripada kumpulan yang sama di sana.

Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa, golongan ultra kiasu ini memang telah berjaya menanamkan pemikiran bangsanya agar menolak ketuanan Melayu dan Islam secara total. Ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan dengan dikaitkan hubungan antara tuan dan hamba.

Sebagai pengkaji politik, saya amat yakin golongan ultra kiasu ini amat faham maksud ketuanan Melayu tersebut bukanlah seperti yang digembar-gemburkan. Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi saya faham sangat akan maksud ketuanan Melayu secara tersurat dan tersirat. Saya celik sejarah dan tidak memutar-belitkannya demi mencapai cita-cita politik rakus. Saya begitu bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini, begitu juga dengan nenek moyang saya.

Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia. Inilah hujah-hujah yang selalu digunakan oleh kumpulan ultra kiasu ini, termasuk segelintir mereka yang berada dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan. Sebenarnya pengikut ultra kiasu ini adalah ramai, mereka tidak bersendirian. Bekas Presiden Gerakan adalah antaranya yang begitu lantang mengkritik ketuanan Melayu ini. Apakah mungkin kita tidak perasan dengan taktik mereka? Pusat mereka berada di Pulau, jangan kita lupa, cukuplah terlepas dua pulau.

Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi. Ketuanan inilah yang menyatukan mereka.

Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada pandangan dan kritikan. Berbeza dengan ultra kiasu, lantang mengkritik, tapi bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba dibuka, masyaAllah, besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka. Umat Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang. Jika kerja berjalan boleh tahan juga, tetapi cakap banyak, kerja tidak berjalan.

Lihat strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam.

Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ultra kiasu baru-baru ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan? Adakah kebebasan ini diberikan kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland? Alangkah sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Tidak ramai orang Islam yang membantah. Inilah sifat yang amat saya puji, walaupun dalam hati amat berat untuk menerima. Sifat sebegini jarang dapat dilihat pada orang lain. Banyak yang telah dapat, tetapi tidak pernah puas itulah ultra. Strategi mereka sekarang, tuntut semaksima mungkin, tak dapat banyak, kerajaan bagi sedikit. Sedikit itu kemenangan besar.

Kalau tidak percaya, tanyalah ketua-ketua parti komponen BN. Adakah selama ini mereka tidak dapat apa yang dituntut. Adakah rumah ibadat mereka tidak dibantu kerajaan? Jangan tanya kepada parti ultra kiasu kerana mereka tidak pernah puas selagi kuasa tidak berada di tangan mereka sepenuhnya. Mereka bercita-cita mahu menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Pernahkah kita bertanya kepada orang Melayu Islam, sakitkah hati mereka melihat patung-patung yang begitu besar dan tinggi, yang terang-terang bercanggah dengan fitrah agamanya atau setiap kali lalu di tempat-tempat tersebut? Kita tidak pernah bertanya bukan? Kita hanya marah dalam hati kerana kita mahu menjaga hati orang lain dan hak bukan Islam.

Pernahkah orang Islam melarang pembinaan patung sebesar itu dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau adapun sedikit sangat. Apakah hak bukan Islam dinafikan walaupun ketuanan Melayu dilaungkan?

Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura? Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya. Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura, mereka akan dibuang jauh-jauh. Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.

Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam? Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan sebagainya.

Toleransi ini tidak pernah dihargai oleh kumpulan ultra kiasu ini. Tidak pernah puas dan bersyukur. Bila kita tanya toleransi tidak pernah berlaku di negara lain, kenapa tidak menghargai? Maka mereka menjawab, inilah keunikan yang perlu ditonjolkan di Malaysia. Licik juga strategik dan taktik mereka, bila kena pada kita, mereka kata inilah keunikan Malaysia dan semangat 1Malaysia, tetapi bila kena pada mereka, maka jawapannya tidak adil, bukan Melayu dipinggirkan dan didiskriminasikan dan berbagai-bagai tohmahan lagi. Selain daripada kumpulan ultra kiasu ini, mungkin kita boleh melihat pakatan jahat mereka dengan majlis peguam dan persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam. Adalah amat tidak logik apabila melihat bilangan rumah ibadat orang bukan Islam yang hanya berjumlah 45 peratus, melebihi berkali ganda bilangan masjid dan surau di dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, yang bilangannya melebihi 55 peratus.

Puak ultra kiasu ini memang tidak pernah bersyukur. Taktik mereka menentang sekeras-kerasnya tanpa kompromi. Mereka tahu mereka tidak keseorangan. Sokongan ke atas mereka amat jitu dan padu. Kita jangan terlalu bersangka baik walaupun ia sifat yang amat mulia. Terlalu bersangka baiklah maka hari ini kepala kita bukan sahaja dipijak-pijak malahan, mereka sudah hampir sampai ke tahap untuk menguasai kita. Bayangkan jika benar-benar mereka berpakat dengan negara kecil yang begitu kuat di selatan Johor itu?

Saya mahu mengajak kita semua berfikir sebentar, apakah dengan laungan ketuanan Melayu itu, benar-benar Melayu dan Islam telah menjadi tuan? Apa yang saya tahu semakin kuat kita melaungkan ketuanan Melayu semakin banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai kepada bukan Melayu? Kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam semakin terancam.

Kadangkala ternyata-tanya pada diri sendiri, apakah dengan mendapat potongan lima peratus untuk membeli sebuah rumah dan kewujudan MARA sudah cukup melambangkan itulah hak istimewa orang Melayu? Jika itulah yang melambang ketuanan Melayu, alangkah hinanya kita. Ketuanan Melayu yang sebenar adalah apa juga yang berkaitan dengan Melayu selaku bangsa majoriti termasuk bahasa, agama dan cara hidupnya akan mendominasi suasana negara ini. Tetapi adakah ini berlaku?

Lihat saya kedudukan media cetak dan media elektronik di negara kita. Adakah bahasa Melayu yang mendominasinya? Jawapan mudah, tidak. Kalau ada pun media Melayu, ia hanya dibaca atau ditonton oleh Melayu sahaja. Saya tidak fikir ada orang bukan Melayu yang akan membaca dan menonton media Melayu. Kecuali kumpulan ultra kiasu. Itupun mereka hanya berminat untuk mengorek rahsia dan membaca psikologi orang Melayu. Jika tidak, mereka tidak akan ada hati juga untuk melihat dan membacanya.

Apakah dengan laungan ketuanan Melayu kemudahan orang Cina (India) untu berniaga semakin berkurang? Sekolah Cina atau Tamil semakin berkurang? Rumah ibadat orang Cina, India semakin berkurang? Hak-hak bukan Melayu semakin dinafikan? Tulisan jawi semakin berpengaruh? Wujudkah sekolah Melayu berbanding sekolah Cina dan India? Masih adakah ketuanan Melayu? Justeru, rugikah orang Cina, India jika UMNO terus melaungkan ketuanan Melayu atau hidup Melayu atau ia sekadar mahu mengingatkan orang Melayu supaya tidak mudah lupa diri di tanah air sendiri dan mara untuk terus berjuang.

Jika nama Tanah Melayu kekal tanpa di tukar kepada Malaysia, saya tidak nampak relevannya ketuanan melayu. Seperti mana nama negeri China dan India. Mereka tidak perlu sebut ketuanan China atau ketuanan India sebab nama negara mereka sudah mencerminkan ketuanan mereka. Maka tidak hairanlah orang Islam merempat hidupnya di bumi mereka. Masjid dirampas menjadi kuil. Apakah orang Islam hidup senang lenang di negara bukan Islam berbanding orang bukan Islam hidup dalam negara Islam seperti Malaysia. Sedarkah puak-puak ultra kiasu?

Saya cukup bimbang laungan ketuanan Melayu hanya tinggal sebagai laungan sahaja seperti mana nama-nama Melayu yang semakin hilang seperti Keretapi Tanah Melayu menjadi KTM. Perancangan yang sungguh licik. Kita asyik mengalah. Bila diugut, maka kita akan tunduk kepada desakan dan tuntutan mereka. Apa yang jelas sinergi ultra kiasu semakin mantap, manakala sinergi kita semakin merosot, yang tinggal hanya laungan dan slogan yang tidak dapat dipertahankan.

Gagasan 1Malaysia tidak lagi dilihat sebagai gagasan untuk memperkasa masa hadapan tetapi untuk menuntut apa yang belum dapat dan menambah apa yang telah dapat! Sampai bilakah kita mampu terus bertahan? Apakah sinergi orang Melayu (Islam) semakin pupus di bumi Melayu? Tidakkah kita perlu kembalikan semula sinergi yang semakin hilang?

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Tulisan ini adalah pendapat peribadi saya

Published in:  on December 20, 2009 at 3:00 pm Leave a Comment

Integrasi memerlukan pengorbanan – Sanggupkah KKK menerimanya?

Seperti yang dijangkakan persatuan-persatuan Cina yang berpengaruh termasuk MCA langsung tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan bahasa Melayu di sekolah-sekolah Cina seperti menyeragamkan silibus Bahasa Melayu (BM) dan menambahkan masa pembelajaran BM serta cadangan untuk menambah satu lagi subjek Malaysia Negaraku dalam BM. Semua cadangan tersebut ditolak, lebih ekstrim lagi mereka mahukan subjek baru Malaysia Negaraku turut diajar dalam bahasa ibunda. Pendek kata, sebarang cadangan untuk memperkasakan BM dilihat sebagai menghakis kedudukan dan karektor Sekolah Jenis kebangsaaan Cina (SJKC). Apakah ini yang dikatakan integrasi setelah kita menolak asimilasi?

Ketua Pemuda MCA yang berjawatan Timbalan Menteri dalam bidang pendidikan begitu lantang bersuara seperti seorang jaguh kampung. Apakah beliau telah buat kajian mengenai masalah yang berlaku sebenarnya, terutama prestasi bahasa Melayu dari segi penggunaan harian dan keputusan peperiksaan di sekolah-sekolah tersebut? Sebagai seorang anggota jemaah menteri, beliau sepatutnya membuat penyelidikan lebih mendalam, yakni secara akademik untuk mengetahui apakah punca masalah sebenarnya dengan penerimaan integrasi bukan asimilasi yang terlalu dicanangkan ini? Apatah lagi beliau ada ijazah kedoktoran. Janganlah terlalu bertindak ultra kiasu seperti parti ultra tersebut! Malang sungguh Barisan Nasional (BN), sekian lama parti-parti komponen ini berada dalam kerajaan masih tidak faham aspirasi dan cita-cita negara. Saya memohon mereka datang ke sekolah saya yang majoritinya murid-murid bukan Melayu dan lihatlah keadaan mereka di sana. Buatlah kajian dan tanya kepada pengetua dan guru-gurunya. Jangan asyik menyalak sana-sini, dengan sengaja mahu menutup kelemahan. Tidak ada sesiapa yang untung, generasi kita seterusnya yang akan rugi.

Jika begini pemikiran mereka, maknanya sekolah satu sistem (SSS) hanyalah ilusi. Sentuh sedikit sahaja sekolah vernakular sudah hilang rasional, bagaimana pula hendak menyatukannya di bawah satu bumbung. Maka tidak hairanlah sekolah wawasan gagal mencapai matlamatnya. Saya yakin, selepas ini saya akan menerima lagi surat undangan untuk berdebat. Saya akan dilabelkan sebagai anti-Cina. Sedangkan saya tidak pernah menolak hak orang bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, tidak sama sekali. Saya berjanji, saya akan bersuara lantang dan mengkritik kerajaan jika ada percubaan untuk menghapuskan hak-hak bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka jika ditakdirkan SSS wujud nanti. Persoalan saya, apakah SSS itu akan wujud? Jauh panggang dari api.

Sampai bilakah kita mahu melihat generasi kita berbahasa Melayu dengan baik setelah sekian lama tinggal di negara ini. Rakan saya, berbangsa Inggeris, hanya tinggal setahun di negara ini, sudah dapat menguasai BM dengan baik. Memang, galakan mempelajari bahasa lain itu amat dituntut oleh agama Islam. Malah saya amat menggalakkan umat Islam mempelajari bahasa mandarin seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan majlis makan malam sekolah menengah persendirian Cina Chong Hwa baru-baru ini. Kita selalu mendengar kata-kata “tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”. Tetapi adakah wajar, akibat terlalu bernafsu dan ghairah mempelajari bahasa sendiri sehingga bahasa yang menjadi teras negara bangsa dan perpaduan diabaikan? Saya tidak akan bercakap dan menulis lagi jika orang bukan Melayu mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh sebelum ke SJKC. Malah, saya sendiri menggalakkan anak-anak saya ke SJKC kerana mereka mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh. Tetapi adakah perkara ini berlaku? Majoriti mereka yang belajar di SJKC tidak mempunyai asas BM kecuali mereka yang tinggal di Kelantan dan Terengganu. Bagi mereka yang tinggal di bandar, penguasaan BM amat lemah. Bukan sahaja kanak-kanak, malah yang dewasa pun sama. Saya tidak katakan semua.

Kalau tidak percaya, kita mulakan kajian terhadap ahli-ahli DAP, MCA dan Gerakan. Suruh menulis karangan dan bertutur dalam BM. Sampai bilakah kita mahu terus mendengar perbualan seperti “gua tatak mau”, “itu maciam manyak susah lo”, “lu tarak tau kah”? Siapa yang rugi nanti? Bila anak-anak kita tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik BM, mereka gagal mendapat biasiswa dan gagal dalam temuduga, siapakah yang akan dipersalahkan? Sudah tentu kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipersalahkan? JPA akan dituduh terlalu mementingkan Melayu dan bumiputera, meminggirkan bukan Melayu dan sebagainya.

Saya selalu diserang, pada mereka isu perkauman hari ini bukan disebabkan oleh dasar pendidikan vernakular tetapi disebabkan oleh UMNO yang terlalu perkauman. UMNO terus dipersalahkan oleh semua pihak termasuk mereka dalam komponen BN. Saya ingin bertanya, adakah kewujudan MCA, DAP, MIC, Makkal Sakti, PPP dan Gerakan itu tidak perkauman? PAS juga adalah parti perkauman, parti dominasi Melayu walaupun ia dibuka kepada semua orang Islam. Janganlah kerana ada seorang dua ahli jawatan kuasa dan ahli yang bukan sebangsa dijadikan alasan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum, menyahut seruan 1Malaysia. Fakta dan sejarahnya, sejak awal lagi lagi asas-asas negara ini dibina atas dasar perkauman sehingga ke hari ini. Tidak hanya parti-parti politik yang perkauman, malahan boleh dikatakan kebanyakan persatuan atau NGO ditubuhkan atas perkauman. NGO Cina sahaja ada lebih 8000 buah di negara ini. NGO bangsa lain pun tidak kurang juga. Jika trend ini terus-menerus berlaku, bagaimanakah arah tuju negara kita pada masa akan datang?

Justeru, kita mesti cuba memperbaikinya keadaan hari ini setelah melihat semua masalah yang telah berlaku. Jangan biarkan masalah terus jadi masalah, jawapannya lagi bermasalah. Masalah harus diselesaikan dengan cara-cara dan idea-idea untuk mengatasinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Wang ringgit banyak dihabiskan untuk berpolitik sesama sendiri dan menjatuhkan antara satu sama lain. Tidakkah lebih baik harta tersebut digunakan untuk lain-lain tujuan seperti pembangunan dan sebagainya?

Orang bukan Melayu cukup takut dengan akta pendidikan 1996 kerana dilihat boleh menghakis sekolah vernakular jika bahasa Melayu dikuatkuasakan. Persoalan saya, pernahkah kerajaan menggunakan atau mengimplementasikan akta tersebut sehingga kini? Tidakkah kita sedar akta ini lebih lunak, berbanding akta sebelumnya iaitu akta pelajaran 1961 yang lebih menakutkan di mana menteri pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan sekolah vernakular. Akta ini juga tidak pernah dikuatkuasakan. Pernahkah kita berterima kasih dengan akta baru ini? Sudahlah tidak berterima kasih, malah mahukan akta 1996 dihapuskan terus. Bila akta ini dihapuskan bermakna bermaharajalelalah sekolah ini tanpa boleh diganggu-gugat lagi. Itulah cita-cita sebenar mereka. Terkadang-kadang saya terfikir adakah kita ini tinggal di Malaysia atau di negara lain?

Jika keadaan ini terus berjalan, seterusnya ditambah dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) yang bersifat perkauman, dipunyai oleh satu-satu kaum dan parti-parti politik perkauman, bagaimanakah pembinaan negara bangsa berasaskan identiti kebangsaaan dapat dilakukan. Saya difahamkan IPTS hari ini sudah tidak dapat dikawalkan lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Apatah lagi yang menjaganya terdiri dari kalangan menteri bukan Melayu. Saya cukup bimbang dan pasti akan berlaku suatu hari nanti, apabila ijazah IPTS-IPTS lebih laku atau lebih diterima daripada ijazah IPTA-IPTA selepas ini. Logiknya mudah, jika perkaumanlah permulaannya, maka perkaumanlah kesudahannya. Kalau itulah yang berlaku, maka berjayalah perancangan parti ultra kiasu ini dan komponen-komponen mereka. Siapakah yang rugi? Fikirkan sejenak! Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan hari ini telah berkorban terlalu banyak. Ratusan malah mencapai angka ribu hektar tanah telah diberikan kepada IPTS ini, tidak ketinggalan jutaan bantuan kewangan telah diberikan, atas dasar setiakawan dan semangat BN? Apakah kita pernah berterima kasih atau sebaiknya menyusun strategi untuk terus menuntut dan mendesak serta menikam dari belakang? Bila pilihan raya, parti ultra kiasulah yang terus menang.

Saya selalu ditanya dan diserang, adakah dengan tidak boleh berbahasa Melayu bermakna tidak ada semangat patriotik? Jawapan saya, ya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa cinta dan berusaha untuk mengasimilasikan, mengintegrasikan dan menghormati semua dasar asas bernegara, misalnya kedudukan BM dan lagu negaraku. Ketika itu barulah jiwa menjadi kental dan kita akan berjuang bermati-matian mempertahankan negara walaupun nyawa itulah gadaiannya. Semangat ini mesti ada, jika tidak, saya bimbang kita akan lari entah ke mana atau mungkin belot dan yang paling ditakuti kita sanggup menjual kedaulatan negara kepada negara lain.

Saya memang tidak menafikan hari ini kita amat sukar menerima asimilasi. Sudah semestinya ia tidak akan berlaku lagi disebabkan oleh politik mengancam dan menuntut. Baiklah, jika integrasi itulah yang diterima, apakah integrasi itu tidak memerlukan kepada pengorbanan dan sayangnya kita kepada identiti kebangsaan seperti, bahasa kebangsaan dan menghormati lagu kebangsaan. Saya selalu ke SJKC menghantar anak saya ke sana dan selalu mendengar mereka menyanyikan lagu negaraku, kelakar sungguh bunyinya. Kalau tidak percaya cuba rakamkan lagu negaraku ketika dinyanyikan oleh murid-murid ini. Barulah kita tahu kedudukan BM yang sebenar di sekolah vernakular. Jika ditambah dengan keputusan peperiksaan BM, barulah kita tahu nasib BM di bumi Melayu.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Published in:  on at 9:00 am Leave a Comment

N.Ajis tuduh “Kolonel Mat” Yaacob untuk kekal berkuasa – Nizar Jalang DAP!


Nik Aziz mendedahkan ada usaha untuk menjatuhkannya oleh seorang bernama Kolonel Mat. Dengan segera Kickdefella seolah-olah mengaku bapanya sebagi Kolonel Mat walhal pangkat terakhirnya adalah Leftenen Kolonel seblum pencen.

Kesegeraan Kickdefella mengaku membuat kami The Unspinners curiga. Terlalu obvious Shieh sedia dirinya dihentam keroyok ramai-ramai, termasuk oleh dua anak first ulamak family. Ini dijangka bila Shieh mula hentam N.Ajis dan menantu.

Dari penelitian kami, N.Ajis sedang berkias. Andainya ada coup dalam tentera oleh Kolonel, mestilah untuk menjatuhkan General. Yang mahu dijatuhkan adalah Nik Aziz dan dengan demikian boleh kita anggap N.Ajis adalah General. Kolonel yang dimaksud pula kemungkinan Ahmad Yaacob, Timbalan MB.

Mungkin ini mengelirukan. Cuba fikir balik kenapa Husam merendah diri tak mahu MB dan cadangkan Ahmad Yaacob? Kickdefella dan Husam boleh dianggap satu geng, melainkan kalau dah bergaduh. Husam cuba nak letak jawatan kerana tindak tanduk Kickdefella tapi ditolak. N.Ajis tak mahu pula letak Husam sebahai MB. Dia kata Husam ini untuk rakyat Malaysia. N.Ajis mungkin marah dengan Husam kerana cadangkan Ahmad Yaacob bila dia belum kata mahu turun.

Bila N.Ajis hentam Kolonel Mat, kemungkinan dia tembak Ahmad Yaacob yang sedang berdiam. Tapi sudah tersebar idea Ahmad Yaacob orang ualama macam N.Ajis juga. Group ulama berkait dengabn kumpulan Hadi. N.Ajis sudah dapat kenalpasti komplot Husam dan Kickdefella tapi tidak tahu permainan Ahmad Yaacob.

Nik Amar pun bau juga. Nik Amar cuba-cuba nasib dengan menuntut mahu N.Ajis tentukan siap pengganti.

N.Ajis tak mahu undur. Dalam artikel Sinar Harian hari ini bertajuk “Pas Kelantan terus kukuh tanpa Nik Aziz?” ada ungkapan berikut.

Maka tidak hairanlah Nik Aziz masih mahu meneruskan kepimpinannya kerana beliau sedar pertama, rakyat dan Kelantan masih perlukannya dan kedua, Pas Kelantan pasti huru-hara jika beliau mengundurkan diri disebabkan Pas Kelantan masih gagal memilih seorang pemimpin yang bakal menggantikannya. The Unspinners

Published in:  on December 1, 2009 at 8:00 pm Comments (1)